Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Yeop (lahir 15 Mei 1954) merupakan ahli politik dan ahli Parlimen Padang Rengas dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang juga parti terbesar dalam Barisan Nasional. Beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas.
Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Yeop SSAP (Phg); SPMP (Prk); DJMK (Kel); DPCM (Prk); DMSM (Mel); KMN | |
---|---|
![]() Datuk Seri Nazri ketika ditemu ramah dalam satu sidang. | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P61 Padang Rengas, Perak | |
Memegang jawatan 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Setiausaha Barisan Nasional | |
Memegang jawatan 27 Oktober 2018 | |
Didahului oleh | Tengku Adnan Tengku Mansor |
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen |
Digantikan oleh | Datuk Mohamaddin Ketapi |
Butiran peribadi | |
Lahir | Grik, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 15 Mei 1954
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Seri Haflin Saiful Azhar (perkahwinan kali kedua) |
Bapa | Tan Sri Abd. Aziz Yeop |
Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
Profesion | Peguam |
Latar belakangSunting
Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang dan mempunyai Ijazah Barrister At-Law daripada Lincoln's Inn, United Kingdom. Beliau sudah berkahwin dengan Datin Sri Haflin Saiful Azhar dan mempunyai seorang anak bernama Jean Pierre Azize bin Mohamed Nazri.
Kerjaya politikSunting
Di peringkat akar umbi, Datuk Nazri dipilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 1978. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun pada tahun 1993 sebelum memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO mulai tahun berikutnya hingga 1996.[perlu rujukan]
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mulai tahun 1986 hingga 1996 dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia dari tahun 1990 hingga 1994. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dari tahun 1990 sehingga sekarang.
Pengalaman beliau sebagai Ahli Parlimen bermula setelah memenangi kerusi Parlimen Chenderoh atas tiket Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 yang kemudiannya berjaya dipertahankannya pada penggal berikutnya, (1999-2004). Selain itu, beliau telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara pada tahun 1991 hingga 1995.
Pada pilihan raya umum ke-11, beliau telah beralih ke kerusi Parlimen Padang Rengas hasil daripada persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau telah berjaya memenanginya setelah menewaskan calon Parti Keadilan Nasional, Mohd Zolkafli bin Yahaya dengan kelebihan 4772 undi. Beliau telah mendapat 9214 undi manakala lawannya memperolehi 4442 undi. Setelah kemenangannya itu, beliau telah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang memantau dan mengelolakan aktiviti Parlimen Malaysia. Pada 17 September 2008, beliau mengisi portfolio hal-ehwal undang-undang atau 'de-facto Law Minister' apabila Senator Zaid Ibrahim meletak jawatan pada 15 September 2008 kerana tidak setuju dengan isu ISA.[1]
Beliau pernah dilantik sebagai pengerusi MARA dari 17 Mac 1993 hingga 23 Julai 1995, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mulai 1995 hingga 1999 dan Timbalan Menteri Kewangan II sejak 1999 hingga berlakunya pembubaran Kabinet menjelang pilihan raya umum pada bulan Disember 1999. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan hingga 2004.
Pilihan Raya Umum Malaysia 2008Sunting
Dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008, beliau mempertahankan kawasannya apabila bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional di kawasan parlimen Padang Rengas, Perak. Nazri telah menang dengan mendapat undi sebanyak 9830. Calon lawan yang tewas ialah Alias Zenon dari PKR, mendapat 8,081 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 362.
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Mohamed Nazri Abdul Aziz | 16,983 | 73% | Saidin Mat Piah (S46) | 5,190 | 22% | ||
1999 | Mohamed Nazri Abdul Aziz | 13,374 | 57% | Hamzah Mohd Zain (PKR) | 9,384 | 40% |
Tahun | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Mohamed Nazri Abdul Aziz | 9,214 | 66% | Mohd Zolkafly Yahaya (PKR) | 4,442 | 32% | ||
2008 | Mohamed Nazri Abdul Aziz | 9,830 | 54% | Alias Zenon (PKR) | 8,081 | 44% | ||
2013 | Mohamed Nazri Abdul Aziz | 13,005 | 55% | Meor Ahmad Isharra Ishak (PKR) | 10,775 | 45% |
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ [1], "Zaid Ibrahim letak jawatan", Utusan Online, 15 September 2008.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 14 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 2 January 2010.
- ^ "2013 Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 12 Mac 2017. Results only available from the 2004 election.