Mohamed Sukri Omar

ahli politik Malaysia

Ustaz Mohamed Sukri Omar (Jawi: محمد شكري بن عمر ) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai seorang pendakwah dan Guru agama Islam yang aktif dalam menyampaikan ilmu, kegiatan pendidikan, dakwah serta memperjuangkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat.

Ustaz
Mohamed Sukri Omar
Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia
Menyandang jawatan
2023
Didahului olehMohd Hafez Sabri
Ketua Pemuda PAS Selangor
Menyandang jawatan
2021
Didahului olehHanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor
Menyandang jawatan
2022
Didahului olehHanafi Zulkapli
Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam
Menyandang jawatan
2023
Didahului olehDr Fuad Salleh
Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam
Menyandang jawatan
2023
Didahului olehDr Fuad Salleh
Maklumat peribadi
LahirPahang Beserah, Kuantan, Pahang
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Gabungan politik
lain
Perikatan Nasional (2020-kini)
PasanganZainab binti Omar
AnakSafiyya Mohamed Sukri & Muhammad Muaz Mohamed Sukri
Kediaman Selangor
Tempat belajarKolej JAIPUTRA (Dip) Universitas Ibnu Chaldun (S.Pd.) Universiti Teknologi Malaysia (MPhil)
PekerjaanGuru Agama, Pendakwah & Ahli Politik
Laman webwww.sukriomar.com

Dalam arena politik, beliau memegang beberapa jawatan penting, termasuk:

  1. Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia (2023-2025),
  2. Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2021-Kini)
  3. Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor (2021-Kini)
  4. Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam (2023-Kini)
  5. Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam (2023-Kini).

Latar belakang Peribadi & Pendidikan

sunting

Mohamed Sukri Omar berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang. Beliau memulakan pendidikan awal dalam bidang agama di Sekolah Agama Masjid Jamek Beserah. Pendidikan rendahnya diteruskan di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad, Kuantan, di mana beliau menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI).

Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan, dan berjaya memperoleh Syahadah Diniyyah Khossoh serta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selepas tamat pendidikan menengah, beliau menyambung pengajian ke peringkat diploma di Kolej Jamiah Islamiah Putra (JAIPUTRA), yang kini dikenali sebagai Kolej Uniti Kota Bharu, dan berjaya memperoleh Diploma Pengurusan Perniagaan dengan minor dalam Pengajian Islam.

Semasa di Kolej JAIPUTRA, beliau turut mengambil kesempatan untuk mendalami ilmu agama di Pondok Pasir Tumboh, di mana beliau menghadiri pengajian semasa waktu lapang dan cuti semester.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Sana’a, Yaman, selama lima tahun dan berjaya memperoleh Ijazah dalam Pengajian Ilmu-ilmu Islam, Ijazah At-Tadris (Keizinan Mengajar), serta ijazah sanad Kutub Sittah daripada Sheikh Qassim Al-Bahr Al-Yamani.

Setelah tamat pengajian di Yaman, beliau meneruskan pengajian di peringkat ijazah di Universitas Ibnu Chaldun, Jakarta, Indonesia, dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Agama Islam (S.Pd.). Tesis ijazah beliau bertajuk “Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Pembinaan Pendidikan: Era 1990-2010.”

Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, dan berjaya memperoleh Sarjana Falsafah (MPhil). Tesis sarjana beliau bertajuk “Pemikiran Politik Islam Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili.”

Kini, beliau sedang meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (DPhil) di Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Guru-Guru

sunting

Antara guru-guru yang pernah menjadi tempat rujukan dan tempat beliau menuntut ilmu semasa berada di Sana’a, Republik Yaman termasuklah:

  1. Sheikh Qassim Al-Bahr
  2. Sheikh Sulaiman Al-Ahdal
  3. Sheikh Dr. Hassan Al-Ahdal
  4. Sheikh Dr. Ghassan Hamdun
  5. Sheikh Dr. Muhammad Mahmud As-Siyam
  6. Sheikh Dr. Ali Jarisyah

Selain itu, beliau juga berpeluang menghadiri majlis-majlis ilmu yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh besar seperti Dr. Abdul Majid Al-Zindani, Qadi Al-Amrani, dan ramai lagi ulama terkemuka.

Beliau turut diberi kesempatan untuk menziarahi serta bertemu dengan Dr. Abdul Karim Zaidan, seorang ulama tersohor yang banyak memberi sumbangan kepada dunia ilmu Islam.

Kerjaya

sunting
  • Dalam bidang kerjaya, Mohamed Sukri Omar telah melibatkan diri dalam pelbagai profesion yang berkaitan dengan pendidikan, penyelidikan, dan bimbingan ibadah. Antara peranan yang pernah dan sedang beliau sandang termasuk:
  • Mutawwif Umrah dan Haji, di mana beliau bertanggungjawab membimbing jemaah dalam melaksanakan ibadah umrah dan haji dengan sempurna berdasarkan panduan syariah. Pengalaman beliau dalam bidang agama membantu para jemaah mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai ibadah di Tanah Suci.
  • Pernah berkhidmat sebagai Graduate Research Assistant (GRA) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari tahun 2019 hingga 2022, di mana beliau terlibat dalam penyelidikan akademik dan membantu pelaksanaan projek-projek berkaitan bidang pengajian Islam dan sosial.
  • Berperanan sebagai pendidik, dengan komitmen tinggi dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat dalam pelbagai peringkat dan latar belakang.
  • Bertugas sebagai guru agama bertauliah, di mana beliau menyampaikan pengajaran berkaitan ilmu-ilmu agama Islam secara formal dan tidak formal, serta berperanan dalam mendidik masyarakat mengenai aspek ibadah, akidah, dan akhlak Islamiah.

Penglibatan dalam parti politik

sunting

Mohamed Sukri Omar memulakan penglibatan awal dalam politik dengan pendaftaran rasmi sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 10 Oktober 2004. Beliau aktif dalam parti sejak usia remaja dan terus komited sehingga kini.

Beliau kini memegang beberapa jawatan penting dalam parti politik, antaranya:

1. Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia (2023-2025)

2. Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2021-Kini)

3. Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam (2023-kini)

4. Ahli Jawatankuasa, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (2023-2025)

5. Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Perikatan Nasional (2024-2025)

6. Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor (2021-Kini)

7. Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam (2023-kini)

Jawatan yang pernah disandang:

Sepanjang penglibatannya dalam politik, beliau telah diamanahkan dengan pelbagai jawatan penting, antaranya:

1. Ahli Jawatankuasa (AJK), Lajnah Dakwah PAS Pusat (Sesi 2021-2023)

2. Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Sesi 2021-2023)

3. Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Negeri Selangor (28 April 2021 - 15 Februari 2022)

4. Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2019-2021)

5. Ketua Sektor Sumber Manusia dan Latihan, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (2019-2021)

6. Pemangku Ketua Sektor Pendidikan, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (2019-2021)

7. Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Selangor (2017-2019)

8. Ahli Jawatankuasa, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (2015-2017)

9. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Shah Alam (2021-2023)

Penglibatan di Parlimen Pandan:

Beliau juga pernah aktif di Parlimen Pandan dan telah dilantik ke beberapa jawatan dalam parti di kawasan tersebut, termasuk:

• Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2017-2019)

• Ahli Jawatankuasa Kerja, PAS Kawasan Pandan (2015-2020)

• Timbalan Pengarah, Jabatan Pilihan Raya Parlimen (JPRP) Pandan, PAS Kawasan Pandan (2017-2019)

• Naib Ketua Urusan Ulamak, PAS Kawasan Pandan (2015-2017)

• Pengerusi Tetap, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2019-2020)

• Ahli Jawatankuasa, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2015-2017)

• Ahli Jawatankuasa, Dewan Ulamak PAS Kawasan Pandan (2013-2020)

• Ketua Cawangan PAS Taman Bukit Permai, Pandan (2017-2020)

Penglibatan Calon Pilihanraya

sunting

Pada Pilihan Raya Negeri Selangor 2023, Mohamed Sukri Omar telah bertanding sebagai calon Perikatan Nasional di Dewan Negeri Kota Anggerik, namun beliau tidak berjaya memenangi kerusi tersebut.

Sebelumnya, pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, beliau bertanding di Parlimen Pandan mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS), tetapi turut mengalami kekalahan.

Keputusan Pilihan Raya

sunting
  • Parlimen
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Jumlah undi Majoriti
2018 Pandan Sukri Omar PAS 8,336 Wan Azizah Wan Ismail PH (PKR) 64,733 85,744 52,543
Leong Kok Wee BN (MCA) 12,190
Lee Ying Ha PRM 442
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz BEBAS (RUMAH) 73
  • Dewan Negeri Selangor
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Jumlah undi Majoriti
2023 Kota Anggerik Sukri Omar PN (PAS) 27,636 Najwan Halimi PH (PKR) 38,470 68,737 10,834
Azad Akbar MUDA 2,631

Aktivisme Sewaktu Mahasiswa & Pelajar

sunting
  • Mohamed Sukri Omar juga aktif dalam pelbagai organisasi pelajar sepanjang tempoh pengajiannya. Beliau pernah diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan penting, antaranya:
  • Ahli Majlis Penasihat di Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) bagi sesi 2011-2012, di mana beliau berperanan dalam memberikan pandangan serta nasihat strategik kepada kepimpinan persatuan.
  • Timbalan Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) bagi sesi 2010-2011, di mana beliau memainkan peranan penting dalam menggerakkan aktiviti dan memperjuangkan kebajikan pelajar Malaysia di Yaman.
  • Pengerusi Lembaga Disiplin Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) bagi sesi 2010-2011, bertanggungjawab dalam memantau dan menegakkan peraturan serta etika dalam kalangan ahli persatuan.
  • Ahli Majlis Perwakilan Pelajar di Kolej JAIPUTRA bagi sesi 2005-2006, di mana beliau aktif dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program pembangunan pelajar.
  • Ketua Pelajar di Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan, Pahang pada tahun 2002, menunjukkan kepimpinan cemerlang sejak di bangku sekolah dengan memikul tanggungjawab dalam memimpin pelajar .

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting