Mohamed Yaacob

ahli politik Malaysia

Tan Sri Dato' Bentara Kanan Dato' Haji Mohamed bin Yaacob atau lebih dikenali sebagai Ayah Mat atau Abe Mat (3 Januari 1926 – 8 September 2009) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan dari 23 Mac 1978 hingga 21 Oktober 1990.[1]


Mohamed Yaacob

PSM; SPMK (Kelantan); DA (Sarawak); PGDK (Sabah); SMT (Terengganu)
Yang di-Pertua Dewan Negara
Dalam jawatan
10 Disember 1997 – 5 Disember 2000
Yang di-Pertuan AgongTuanku Ja’afar
(1997–1999)
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(1999–2000)
Didahului olehAdam Kadir
Digantikan olehMichael Chen Wing Sum
Menteri Besar Kelantan
Dalam jawatan
23 Mac 1978 – 21 Oktober 1990
Yang di-Pertuan AgongSultan Yahya Petra
(1978–1979)
Sultan Ismail Petra
(1979–1990)
Didahului olehMohamed Nasir
Digantikan olehNik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Perusahaan Awam
Dalam jawatan
15 Januari 1976 – 10 Mac 1978
Yang di-Pertuan AgongSultan Yahya Petra
TimbalanMustafa Abdul Jabar
Digantikan olehAbdul Manan Othman
Kawasan pilihan rayaTanah Merah
Menteri Tenaga, Teknologi dan Penyelidikan
Dalam jawatan
26 Ogos 1974 – 14 Januari 1976
Yang di-Pertuan AgongSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
(1974–1975)
Sultan Yahya Petra
(1975–1976)
Perdana MenteriAbdul Razak Hussein
Didahului olehLee San Choon
Digantikan olehOng Kee Hui
Kawasan pilihan rayaTanah Merah
Menteri Pelajaran
Dalam jawatan
3 Ogos 1973 – 24 Ogos 1974
Yang di-Pertuan AgongSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Perdana MenteriAbdul Razak Hussein
Digantikan olehMahathir Mohamad
Kawasan pilihan rayaTanah Merah
Butiran peribadi
Lahir3 Januari 1926
Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia8 September 2009(2009-09-08) (umur 83)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganPuan Sri Datin Hajah Nik Azizah Nik Ahmad
Alma materLincoln's Inn
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Datin Amar Nik Azizah Nik Ahmad dan mereka mempunyai 6 anak dan salah satu daripada anaknya adalah Dr. Idora Mohamed.

Mereka tinggal di Taman Tun Dr Ismail, Bangsar/Damansara, Kuala Lumpur (walaupun kampung halaman mereka adalah masih di Tumpat, Kelantan).

Pendidikan

Beliau dilahirkan pada 3 Januari 1926 di Kampung Palekbang, Tumpat, Kelantan. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Kampung Laut, Kelantan (1932) dan Sekolah Melayu Mentuan, Kota Baharu, Kelantan (1933-1936). Kemudian sambung belajar di Overseas School Certificate Sultan Ismail College (Special Malay Class), Kota Baharu, Kelantan pada 1947. Seterusnya, Mohamed Yaacob melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang peringkat Ijazah (LL.B) di Lincoln's Inn, England (1954-1958).

Kerjaya

Mohamed bermula sebagai kerani di Pejabat Pos pada 1948. Beliau pernah menjadi setiausaha sulit kepada Sultan Kelantan, majistret, timbalan pendakwa raya dan Penasihat Undang-undang di Terengganu dan Johor.

Beliau menjadi majistret di Muar dan Batu Pahat, Johor dan penolong pendakwa raya di Ipoh, Perak dari September 1962 hingga Ogos 1964.

Politik

Mohamed Yaacob aktif dalam politik UMNO di Tanah Merah, Kelantan sejak 1950-an. Beliau menjadi ahli Parlimen Tanah Merah selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 1969.

Beliau mula berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dari September 1970 sehingga Disember 1972, kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada Januari sehinngga Julai 1973; lalu dinaikkan pangkat sebagai seorang menteri penuh iaitu memegang portfolio Menteri Pelajaran selama setahun dari Ogos 1973 hingga Ogos 1974; kemudian menjadi Menteri Alam Sekitar, Teknologi dan Tenaga pada Ogos 1974 sehingga Februari 1976; dan akhirnya sebagai Menteri Perusahaan Awam dari 5 Mac 1976 hingga 22 Feb 1978, yang di mana beliau meletak jawatan untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

Beliau pernah menjadi Senator mulai 10 Disember 1997 selama tiga tahun dan seterusnya dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada 27 Dis 1997 hingga Dis 2000.[2]

Menteri Besar Kelantan

Pada 1977, Dato' Haji Mohamed Nasir, Menteri Besar Kelantan telah dipecat oleh pimpinan parti PAS kerana beliau adalah lantikan daripada BN, bukan pilihan parti tersebut. Ekorannya terjadi rusuhan oleh penyokong Mohamed Nasir dan Darurat diisytiharkan di Kelantan pada November 1977. Pilihan raya kecil Kelantan diadakan pada Mac 1978 dan BN (33 kerusi) berjaya menewaskan PAS (2 kerusi). Maka Perdana Menteri melantik Mohamed Yaakob dari UMNO sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau menyandang jawatan itu sehingga 1990 apabila PAS menang semula di Kelantan.[3] Beliau mendapat restu daripada Sultan Kelantan yang menjadi Yang di-Pertuan Agong (1975-1979), Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Pengerusi Majlis Veteran UMNO Kelantan, Datuk Rozali Isohak pernah menjadi setiausaha sulit Mohamed Yaakob semasa menjadi Menteri Besar Kelantan. Mohamed berusaha menubuhkan Universiti Malaysia Kelantan. Penduduk tapak universiti itu dipindahkan ke Kampung Tok Bali.[4]

Kejatuhan UMNO pada 1990

Pada tahun 1987, Tan Sri Mohamed Yaacob dihujani dengan tuduhan 'bapa rasuah' berikutan aktiviti pembalakan yang berleluasa di Kelantan.[5] Beliau menafikannya dan bersumpah dengan al Quran.

Tengku Razaleigh Hamzah, seorang putera kerabat Kelantan turut menubuhkan Parti Semangat 46 pada 4 Jun 1989. S46 bekerjasama dengan PAS menumbangkan BN di Kelantan pada pilihan raya umum 1990.

Meninggal dunia

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.50 pagi, Selasa, 8 September 2009 bersamaan 18 Ramadan 1430 Hijrah di Hospital Pantai, Jalan Cheras, Kuala Lumpur akibat barah paru-paru ketika berusia 83 tahun.[6]

Jenazah beliau telah dibawa pulang ke rumah anaknya Dr. Idora, di Taman Tun Dr Ismail, disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis pengkebumiannya ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamed, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar sera bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar.[7]

Rujukan

  1. ^ Gelora politik Kelantan oleh Abdul Halim Mahmood, 1993
  2. ^ Belangsungkawa : Mohamed Yaacob ( Mantan MB Kelantan )
  3. ^ [Malaysian federalism: conflict or consensus oleh Mohammad Agus Yusoff, Penerbit UKM, 2006]
  4. ^ "Ayah Mat prihatin masalah rakyat Kelantan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-12. Dicapai pada 2011-10-24.
  5. ^ Monarchy in South-East Asia: the faces of tradition in transition oleh Roger Kershaw, hlm. 109
  6. ^ "Former Kelantan MB Mohamed Yaacob dies", The Star, 8 September 2009.
  7. ^ "Tan Sri Mohamed Yaacob meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-12. Dicapai pada 2011-10-24.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kelantan
1978 – 1990
Penyandang Kemudian
Muhamed bin Nasir Nik Abdul Aziz bin Nik Mat‎