Buka menu utama

Dato' Seri Prof. Dr.Mohammad Fairus Bin Khairudin merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri I bagi negeri Pulau Pinang. Mulanya beliau ADUN PKR di Penanti,Pulau Pinang kemudian berhijrah ke parti UMNO pada 28 Frebruari 2010.

Latar belakangSunting

Beliau berasal dari kerabat DiRaja Kedah dari sebelah nasab almarhum ayahandanya yang mana jalur nasab itu bersambung kepada almarhum DYMM TUANKU Sultan Abdul Hamid Mukarramsyah dan dilahirkan di Pulau Pinang iaitu di seberang Perai Tengah Guar Perahu, Kubang Semang di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dan dari sebelah nasab bondanya beliau adalah juga cucu bekas Penghulu Guar Perahu Abdullah bin Din (Tok Wan Lah)dan cicit kepada Panglima Cha ( Panglima Kesultanan Kedah Darul Aman ).

PendidikanSunting

Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah ( PhD ) dalam bidang Sains Politik dan juga PhD dalam bidang " Martial arts Philosophy & Science ", Ijazah Sarjana Strategic & Defence Studies, Ijazah Sarjana Sains Politik , United Kingdom, Ijazah Sarjana Muda Political Science – International Relations, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sijil Pengajian Syariah, Universiti Malaya.

PolitikSunting

Beliau merupakan bekas Setiausaha Biro Pembangunan Integrasi Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau juga adalah bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR Bahagian Selayang dan Ketua Penerangan PKR Bahagian Selayang. Prof. Dr.Mohammad Fairus memulakan kerjaya awal dengan menyertai beberapa organisasi korporat gergasi tempatan dan antarabangsa, antaranya Hong Leong Assurance, Franklin Covey Malaysia, Ford Motor Company Malaysia, Uni Asia Life Assurance Bhd kemudian menjadi perunding bebas.

Timbalan Ketua Menteri Pulau PinangSunting

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah menang kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti di Pulau Pinang dengan 7,346 undi mengalahkan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dari Barisan Nasional yang hanya mendapat 667 undi.

Beliau dilantik ke jawatan itu setelah pakatan parti yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah membentuk kerajaan Pulau Pinang ekoran kemenangan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Dalam tugas barisan exco kerajaan Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama, pembangunan keusahawanan dan koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat.

Meletakkan jawatanSunting

Pada 8 April 2009, Prof. Dr. Mohammad Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan ADUN Penanti.

Menyertai UMNOSunting

Pada 28 Februari 2010, Prof Dr. Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan meninggalkan PKR dan menyertai UMNO. Beliau dilihat bersama dengan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis Silat Seni Gayong di Ampang, Selangor. Sebelum ini ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim bertukar menjadi ahli parlimen Bebas kerana berselisihan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Dr.Mohammad Fairus menerima sijil keahlian Umno daripada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Raof Yusoh.

Sebab utama yang membawa kepada keputusan penting beliau menyertai UMNO dan meninggalkan PKR adalah kerana beliau tidak setuju dengan pendirian PKR berhubung isu kontroversi 'Allah'yang mana pakatan pembangkang telah bersetuju untuk kalimah Allah diberi izin kepada pihak bukan Islam menggunakannya yang nyata jelas tidak sama sekali selaras dengan konsep keTuhanan yang Esa dalam syariat Islam. Justeru itu Dr. Mohammad Fairus menentang kefasadan besar ini sedaya beliau.

RujukanSunting