Seyed Mohammad Khātamī (Parsi: سید محمد خاتمی, IPA: [sejjed-mohæmmæd-e xɒːtæmiː]) (lahir 29 September 1943, di Ardakan, Wilayah Yazd) ialah seorang cendekiawan dan ahli politik berbangsa Iran yang pernah berkhidmat selaku Presiden Iran yang kelima mulai 2 Ogos 1997 hingga 3 Ogos 2005. Beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Kebudayaan Iran pada 1980-an dan 1990-an.

Mohammad Khatami
5th Presiden Republik Islam Iran
Dalam jawatan
2 Ogos 1997 – 3 Ogos 2005
Naib PresidenHassan Habibi (1997 - 2001)
Mohammad Reza Aref (2001 - 2005)
PemimpinAyatollah Ali Khamenei
Didahului olehAkbar Hashemi Rafsanjani
Digantikan olehMahmoud Ahmadinejad
Butiran peribadi
Lahir (1943-09-29) 29 September 1943 (umur 80)
Ardakan, Iran
Parti politikPersatuan Ulama Penempur
Laman web rasmiSeyyed Mohammad Khatami

Khatami menarik perhatian sedunia sewaktu julung kali dipilih menjadi presiden, kerana "walaupun kurang dikenali, namun beliau meraih hampir 70% undi."[1] Khatami pernah berkempen untuk menjanjikan liberalisasi dan pembaharuan kepada negaranya. Sepanjang dua penggal memegang jawatan presiden, Khatami mendukung kebebasan bersuara, masyarakat madani yang penuh toleransi, hubungan diplomatik yang membina dengan negara lain termasuk di Kesatuan Eropah dan Asia, serta dasar ekonomi yang menyokong pasaran bebas dan pelaburan asing.

Khatami juga dibidas kerana gagal mencapai matlamat untuk menjadikan Iran lebih bebas dan demokratik. Dalam sepucuk "surat untuk masa hadapan" setebal 47 halaman, Khatami berkata bahawa kerajaan pimpinannya telah mempertahankan prinsip murni, namun beliau sendiri telah melakukan kesilapan serta menghadapi rintangan dari puak yang kurang bertolak ansur dalam pentadbiran ulama ini.[2]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat {{Wikinews}} memerlukan suatu pautan pada suatu rencana. Untuk memautkan suatu kategori, gunakan {{Wikinews category}}.

Didahului oleh
Akbar Hashemi Rafsanjani
Presiden Iran
1997–2005
Diikuti oleh:
Mahmoud Ahmadinejad