Mohammed Hanif Omar
Tun Mohammed Hanif bin Omar (lahir 16 Januari 1939) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun. Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.
Yang Amat Berbahagia Tun Mohammed Hanif Omar SSM, PMN; SPSN, DSA, SPTS (Prk); SPMJ (Joh); SIMP (Phg); SSSA (Sel); SPNS (NS); DA (Swk); SPMP (Pls); DHMS (Ked) | |
---|---|
![]() | |
Ketua Polis Negara Malaysia | |
Dalam jawatan 8 Jun 1974 – 15 Januari 1994 | |
Raja | Abdul Halim Yahya Petra Ahmad Shah Iskandar Azlan Shah |
Menteri | Ghazali Shafie Musa Hitam Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Abdul Rahman Hashim |
Digantikan oleh | Rahim Noor |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mohammed Hanif bin Omar 16 Januari 1939 Telok Anson, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia) |
Pasangan | Toh Puan Hamidah Abdul Hamid |
Alma mater | Universiti Buckingham |
Dilahirkan di Teluk Intan, negeri Perak, Haniff Omar menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971. Pada 1 Februari 1973, beliau menjadi Timbalan Ketua Polis Negara.
Makanan kegemarannya adalah kambing bakar golek.
KerjayaSunting
- Pegawai Penyiasat Melaka Tengah - April 1960
- Penolong Ketua Polis Daerah Jasin, Melaka - 20 November 1960
- Penolong Pegawai Penjaga Siasatan Jenayah (Selatan) Pahang - 2 Disember 1960
- Pegawai Turus Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur - 16 Januari 1962
- Pegawai Turus Cawangan Khas Selangor - 8 Ogos 1966
- Ketua Polis Daerah Ipoh, Perak - 20 Julai 1967
- Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara - 18 Mei 1969
- Ketua Cawangan Khas Selangor - 20 Disember 1969
- Ketua Polis Melaka - 7 September 1970
- Ketua Polis Selangor - 6 Disember 1971
- Pengarah Cawangan Khas - 31 Januari 1973
- Timbalan Ketua Polis Negara - 1 Februari 1973
- Ketua Polis Negara - 8 Jun 1974 hingga 15 Januari 1994
Selepas bersaraSunting
Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi PDRM 2004-2005Sunting
Pada 2004/2005 beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi PDRM 2004-2005.
Panel khas siasatan kes AminulrasyidSunting
Tun Mohammed Hanif dilantik sebagai ahli Panel khas siasatan ke Aminulraashid Hamzah pada 2010. Pelajar sekolah, Aminulrasyid Amzah mati mengejut selepas ditembak mati oleh PDRM ketika memecut melarikan diri kerana memandu kereta tanpa lesen berhampiran rumahnya di Shah Alam.
Pengerusi Panel siasatan Perhimpunan Bersih 3.0Sunting
Pada 9 Mei 2012, beliau dilantik sebagai Pengerusi panel siasatan bebas menyiasat dakwaan kekasaran polis ketika Perhimpunan Bersih 2012 yang diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012. Kredibiliti beliau dipersoalkan kerana menganggap peserta perhimpunan itu ada kaitan anasir komunis. Lim Guan Eng, Saifuddin Abdullah dan Tuan Ibrahim Tuan Man antara yang meraguinya. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bimbang kerana siasatan ini menjadi kabur, bertukar menjadi ‘keganasan’ , menutup penderitaan mangsa-mangsa dan ‘coup d'état’ akan dicipta.[1][2]
Turut dilantik ialah bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.
PenghargaanSunting
RujukanSunting
- ^ Hanif Omar: Jangan ragui saya, tengok rekod lama Sinar
- ^ Tun Hanif Omar Pengerusi Panel Penasihat Bebas Enam Anggota mStar
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1993" (PDF).
Pautan luarSunting
- Tun Mohammed Hanif bin Omar Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia
Penyandang Terdahulu | Ketua Polis Negara 8 Jun 1974 – 15 Januari 1994 |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Abdul Rahman Hashim |
Tan Sri Rahim Noor |