Mohammed Ijaz-ul-Haq

Muhammad Ijaz-ul-Haq lahir pada 1953 . Beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama Republik Islam Pakistan pada 2004.

Muhammad Ijaz-ul-Haq
Fail:Mediafile 3.jpg
Federal Minister for Religious Affairs and Minorities
Memegang jawatan
January 11 2004
Federal Minister for Labour, Manpower and Overseas Pakistanis
Dalam jawatan
November 1 1990 – July 18 1993
Senior President, Pakistan Muslim League
Dalam jawatan
February 17 1997 – December 1998
Butiran peribadi
Lahir1953
Pakistan Nowshera, Pakistan
Parti politikPakistan Muslim League

Beliau merupakan anak bekas Presiden Pakistan, Jeneral Muhammad Zia-ul-Haq. Muhammad Zia-ul-Haq terbunuh setelah kapal terbangnya terhempas.

Ijaz adalah menteri kanan dalam kabinet Pervez Musharraf selepas Pervez Musharraf merampas kuasa dari Nawaz Sharif. Ijaz menang pilihan raya 2002 dan terpilih dalam Perhimpunan Kebangsaan Pakistan untuk tempoh 4 penggal. Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, Haji dan Minoriti , Ijaz telah mencetuskan kontroversi berhubung jurutera nuklear ,Abdul Qadeer Khan .Beliau juga dilihat keras ketika Serbuan Masjid Lal di mana beliau meminta Abdul Rashid Ghazi menyerah diri sahaja. Ketika ini Ijaz tinggal di Rawalpindi dan dua serangan berani mati berlaku pada 4 September 2007 , mengorbankan 27 perisik ISI, Pakistan.

Beliau adalah menantu kepada Rahimuddin Khan.

Kehidupan awal sunting

Muhammad Ijaz-ul-Haq lahir di Nowshera, utara Pakistan. Beliau menerima ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan dari Universiti Punjab. Kemudian belajar di Universiti Southern Illinois , Amerika syarikat . Seterusnya bertugas sebagai pegawai bank di Bahrain dari 1978-1988. Beliau menyertai politik Pakistan setelah kematian ayahnya Jeneral Zia-ul-Haq pada 17 Ogos 1988 apabila helikopter Hercules C-130 terhempas di Bahawalpur. Tragedi ini dikatakan angkara sabotaj dari CIA, KGB atau Mossad.