Mohd. Noor Mat Amin

Mohd. Noor Mat Amin , seorang jurufoto akhbar Utusan Malaysia, mencipta rekod mendaki Gunung Kinabalu, Sabah secara solo sebanyak 50 kali pada tahun 2007 sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke-50.

Pendakian Solo Menara Kuala Lumpur (2008) sunting

Pada tahun 2008 pula, beliau berjaya mendaki 2058 anak tangga Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur sebanyak 50 kali. Cabaran 'Pendakian Solo 50 Menara Kuala Lumpur' itu diadakan sempena penganjuran KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2008[1][2].

Daki Kinabalu 111 Kali Dalam Masa 111 Hari sunting

Pada 20 april 2010, beliau mencipta rekod mendaki Gunung Kinabali 111 kali dalam masa 111 hari.Kejayaannya direkod dalam Malaysia Book of Records. Pada hari terakhir, beliau dibantu oleh jurupandu Safrey Sumping pda jam 7.20 pagi dan berjaya sampai di 11.50 pagi di Gerbang Timpohon, Taman Kinabalu. Projek Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 (mula 31 Disember 2009 - tamat 20 April 2010) ini berjaya disempurna mengikut jadual asal.

Kejayaan beliau disambut oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Penolong Ketua Pengarang 1, Zaini Hassan dan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Madya Dr. Kassim Mansor. Lsain-lain ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi sumbangan sebanyak sebanyak RM20,000 .

Nama beliau dicadangkan menjadi 'Duta Gunung Kinabalu' kerana mempromosi Gunung Kinabalu.[3]

Rujukan sunting