Muhammad Radhi Razali

(Dilencongkan dari Mohd. Radhi bin Razali)

Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhammad Radhi bin Razali merupakan penyanyi utama kumpulan rock alternatif OAG sejak kugiran tersebut diasaskan. Radhi berasal dari Kuching, Sarawak. Selain membuat rakaman dan persembahan bersama kumpulan muzik beliau, Radhi pernah muncul dalam rancangan realiti Sehati Berdansa dan Radhi Study Go!. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang telah membintangi telefilem Ora Ora Yeah di TV2 dan menjadi pelakon utama dalam filem Antoofighter.

Radhi OAG
Nama lahirMuhammad Radhi bin Razali
Kelahiran (1977-08-02) 2 Ogos 1977 (umur 46)
Kuching, Sarawak, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, komposer, pemuzik, pelakon
InstrumenVokal, Gitar, Akustik
Tahun aktif1992–kini
Pengkarya berkait
OAG, Flop Poppy
PasanganShazlin Sharif – cerai

Keluarga sunting

Radhi berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005[1], lalu dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu Mohd. Rifdhi Muslim pada akhir tahun yang sama. Mereka berdua pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa pada tahun 2007.[2]

Bagaimanapun, pernikahan Radhi dan Shazlin diwar-warkan agak goyah. Pada tahun 2008, tanda-tandanya timbul apabila Shazlin Sharif memfailkan tuntutan cerai terhadapnya sebanyak tiga kali di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Pada 4 Disember, perselisihan mereka reda seketika apabila Rifdhi yang ketika itu berusia 3 tahun nyaris lemas selepas terjatuh ke dalam kolam renang di banglo neneknya di Petaling Jaya lalu dikejarkan di hospital.[3]

Keretakan hubungan Radhi dan isterinya memuncak pada tahun 2009, apabila diketahui puncanya berbunyi ura-ura bahawa Shazlin menjalin hubungan dengan seorang lelaki lain.[4] Radhi pernah dikenakan waran tangkap beberapa kali kerana gagal hadir di mahkamah untuk prosiding pengesahan lafaz cerainya.[5] Oleh itu, Radhi dan Shazlin masih diisytiharkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh mahkamah, sehingga mereka mengumumkan cerai talak satu pada 8 Jun 2010.[6][7]

Diskografi sunting

Bersama OAG sunting

Lihat rencana OAG

Solo/Radhi-O sunting

Sejak memulakan karier solo dengan menggunakan nama Radhi-O, Radhi telah merakam sebuah single bertajuk Infiniti yang telah ditulisnya ketika konflik bersama isterinya sebelum penceraian.[8] Radhi juga memaklumkan akan mengeluarkan single kedua bertajuk Limbo yang pertama kali didendangkan kepada wartawan sejurus selepas penceraiannya dengan Shazlin.[9]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Antoofighter: Amukan Drakulat! Pohjee (Fauzi Deraman) Filem pertama
2010 V3 Samseng Jalanan Lan Ribut

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Ride TV9
2013–2014 OMG (Ohsem Music Group) Heman

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Puteri Histeria Fazli VCD
2007 Ora Ora Yeah TV2

Rujukan sunting

Pautan luar sunting