Haji Ali Pulau Pisang

(Dilencongkan dari Mohd Ali Solahuddin bin Awang)

Haji Mohd Ali Solahuddin bin Awang atau lebih dikenali sebagai Haji Ali Pulau Pisang merupakan salah seorang seorang guru pondok pertengahan abad ke-20 yang paling ternama di Kelantan.[1] Murid harapan Tok Kenali terkanan yang mewarisi ilmu tatabahasanya arabnya. Haji Mohd Ali Solahuddin b. Awang dilahirkan di mukim Pulau Pisang, daerah Badang, Kota Bharu pada tahun 1899. Ibunya bernama Wan Kalsom. Beliau adalah anak ketiga daripada 9 beradik.[2]

Cendekiawan Islam
Ulama tersohor dari Kelantan
Nama: Mohd Ali Solahuddin bin Awang
Gelaran: Haji Ali Pulau Pisang
Lahir: 1899
Wafat: 3 Oktober 1968
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu


Selain Tok Kenali, guru-guru tempatan lainnya termasuk juga Hj. Abdul Malek Sungai Pinang, Tok Pulau Ubi, dan Tok Kemuning. Namanya timbul kerana kealimannya dalam ilmu soraf sehingga digelar "Tok Sibaweh". Tidak hairanlah jika Madrasah al-Falah (nama rasmi pondok Pulau Pisang) yang dibangunkan beliau di Teluk Chekering, Pulau Pisang senang menjadi tarikan para pelajar pondok. Sementelahan pula, seawal 1932 lagi, Hj. Ali dipilih menganggotai Jemaah Ulama' MAIK yang dipengerusikan oleh Dato' Haji Ahmad Maher al-Azhari (Mufti Kerajaan Kelantan).

Berikutan dengan kematian Haji Saad Kangkong (1943), beliau dipinjam sebagai guru agama kelas khas di Jami' Merbau al-Ismail yang menampung ramai pelajar elit dari dalam dan luar Kelantan pada awal dekad 1940-an, berkhidmat sehingga 1 Mac 1946. Selepas itu kembali semula ke kampus Masjid Muhammadi.[3]

Antara murid-murid jempolannya ialah Dato' Hj. Ismail Yusoff, Ustaz Dato' Yusoff Zajy Yaakub, Ustaz Wan Mohd Saghir Wan Konok Pasir Pekan, Ustaz Azhari Abdul Rahman Melor, Hj. Daud Getting, dan lain-lain.[4]

Ulama kesayangan Dato' Mufti Haji Ahmad Maher ini kembali ke rahmatullah di kediamannya di Kg. Limau Putenge, Pulau Pisang pada pukul 7.05 pagi Khamis 11 Rejab 1388 bersamaan 3 Oktober 1968 dengan meninggalkan dua buah karya bercetak yang mengupas tentang ilmu soraf dan terjemahan surah Yasin.

Rujukan sunting

  1. ^ "UiTM angkat legasi ulama Kelantan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-26. Dicapai pada 2018-11-26.
  2. ^ Ilmuwan Nusantara: mutiara ilmu tanah serumpun
  3. ^ Ulama besar dari Patani. Ahmad Fathy al-Fatani. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002 - Malays (Asian people) - 308 pages
  4. ^ Mohamed Idris al-Marbawi, penulis karya agung Bahr-al-Madhi: biografi ulama Malaysia. Faisal Ahmad Shah. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013 - Hadith - 329 pages
  • Rencana asal oleh Ismail Che Daud

Pautan luar sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.