Mohd Amar bin Abdullah
Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah atau Dato' Nik Amar adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak[1] dan Naib Presiden PAS[2]. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Timbalan Menteri Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti Negeri Kelantan.
Yang Berhormat Dato' Haji Nik Mohd Amar Abdullah SJMK, DJMK, JMK (Kelantan) | |
---|---|
![]() | |
Timbalan Menteri Besar Kelantan | |
Memegang jawatan 2013 | |
Sultan | Sultan Muhammad V |
Didahului oleh | Dato' Ahmad Yakob |
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
Memegang jawatan 2018 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Panchor | |
Memegang jawatan 2004 | |
Didahului oleh | Mohd Yusoff Ludin (PAS) |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pengkalan Chepa, Kelantan | |
Dalam jawatan 1995 – 2004 | |
Didahului oleh | Nik Abdullah Arshad (PAS) |
Digantikan oleh | Abdul Halim Abdul Rahman (PAS) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mohd Amar bin Abdullah 29 Julai 1959 Kota Bharu, Kelantan |
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | Barisan Alternatif (1999-2004)![]() ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Hajah Hasmani binti Haji Hussain |
Ibu | Hajah Tengku Chik Tengku Ibrahim |
Bapa | Haji Abdullah Haji Arshad |
Kediaman | ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik |
Latar Belakang KeluargaSunting
Nik Amar merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Haji Abdullah bin Haji Arshad (yang dikenali sebagai Pak Nik Lah) dan Hajjah Tengku Chik binti Tengku Ibrahim. Ibu Nik Amar merupakan cicit kepada Sultan Muhammad III melalui nendanya YM Tengku Halimah binti Tengku Long Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III.
Beliau diberi gelaran Nik Mat (Nik Mohd) oleh Tok Ku Puan yang mengasuhnya ketika kecil. Masyarakat setempat di Kampung Panchor pula lebih mesra memanggilnya Nik Amar hingga sekarang. Begitu juga ayahandanya yang digelar Pak Nik Lah, diambil dari isteri kepada datuknya Haji Arshad bin Muhammad Tahir bin Tera seorang ulama yang lebih dikenali dengan Tok Ayah Kedah[3] yang berkahwin dengan YM Raja Meriam binti Raja Daud yang berketurunan Raja Jembal.
Dato' Nik Amar kini mempunyai empat cahaya mata (2 lelaki 2 perempuan) hasil perkongsian hidup bersama Datin Hajjah Hasmani Binti Husain. Anakanda sulung beliau Taqiyuddin Mohd Amar seorang Hafiz Al-Quran dan pelajar cemerlang di MTAQ Pulai Chondong telah meninggal pada Jun 2004.
PendidikanSunting
Semenjak kecil Dato' Nik Amar dididik oleh ayahandanya serta bersama-sama tinggal dan mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor. Dalam masa yang sama Dato' Nik Amar bersekolah di Sekolah Melayu Majlis (1965 - 1971) dan meneruskan pengajian hingga ke peringkat Sarjana Falsafah (MPhil) di United Kingdom.
- 1965 - 1971 Sekolah Melayu Majlis - Sekolah Rendah
- 1972 - 1977 SMU (A) Tarbiah Mardhiah - Sekolah Menengah (6 Bawah)
- 1978 - 1979 Maahad Muhammadi Lelaki - Sekolah Menengah (6 Atas)
- 1979 - 1983 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Sarjana Muda Pengajian Islam
- 1985 - 1988 University of Birmingham, UK - MPhil in Theological Studies
Kerjaya & PolitikSunting
Sebelum bergiat aktif dalam politik, Dato' Nik Amar merupakan seorang Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor dan sempat berkhidmat selama 10 tahun (1985-1995). DNA juga sebelum itu pernah menjawat sebagai Penguasa Kastam (Sangkut) selama setahun di Pulau Pinang. Beliau seterusnya dipanggil pimpinan PAS Kelantan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dan seterusnya bertanding sebagai ADUN Panchor hingga sekarang. Selain berada dalam Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan, Dato' Nik Amar juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan hingga sekarang.
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Kawasan | Individu | Undian | Lawan | Undian | Peratus Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Parlimen Pengkalan Chepa | Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) | 20,410 | Ismail Mat (BN-UMNO) | 9,316 | 83.28% | 11,094 |
Yusof Mat (AKIM) | 221 | ||||||
1999 | Parlimen Pengkalan Chepa | Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) | 23,765 | Ustaz Mohd Noor Deris (BN-UMNO) | 7,820 | 76.50% | 15,945 |
2004 | DUN Panchor, Kelantan | Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) | 7,123 | Zulkifli Dollah (BN-UMNO) | 5,038 | 80.11% | 2,085 |
2008 | DUN Panchor, Kelantan | Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) | 9,148 | Dali Husin (BN-UMNO) | 5,711 | 83.18% | 3,437 |
2013 | DUN Panchor, Kelantan | Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) | 12,467 | Che Rosli Hassan (BN-UMNO) | 7,431 | 85.10% | 5,036 |
2018 | DUN Panchor, Kelantan | Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) | 13,597 | Zarina Md Eusope (BN-UMNO) | 6,309 | 7,288 | |
Hazmi Hassan (PKR-Amanah) | 2,394 |
Anugerah dan pengiktirafanSunting
- Kelantan
- - Setia Jiwa Mahkota Kelantan (JMK) (2006)
- - Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) - Dato' (2009)
- - Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) - Dato' (2015)
PautanSunting
RujukanSunting
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-23. Dicapai pada 2016-06-18.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-18. Dicapai pada 2016-06-18.
- ^ Mohd Fadli Ghani (2015). Tok Ayah Kedah : Legasi Ulama dalam Politik Kelantan. Kuala Lumpur: Jundi Resources. m/s. 203. ISBN 9789675968600.