Mohd Amri Yahyah

Pemain bola sepak Malaysia

Mohd Amri bin Yahyah (lahir 21 Januari 1981) merupakan pemain bola sepak Malaysia. Ketika ini beliau bermain untuk pasukan Sabah FC. Amri juga bermain di posisi sayap kanan, kiri dan penyerang tengah. Dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor, Malaysia. Amri telah mewakili Selangor sejak tahun 2001. Pada 2002, dia digelar sebagai budak emas apabila menjaringkan gol kemenangan Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 menentang Sabah. Pada musim 2005 dia membantu Selangor memenangi tiga piala. Beliau juga pernah mewakili Malaysia ke Sukan SEA 2003 di Hanoi dan Piala Tiger 2004 di mana Malaysia muncul pemenang tempat ke-3.

Mohd Amri Yahyah
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Amri bin Yahyah
Tarikh lahir (1981-01-21) 21 Januari 1981 (umur 42)
Tempat lahir Tanjung Karang, Selangor, Malaysia
Ketinggian 1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sabah FC
Nombor 17
Kerjaya remaja
1998–2001 Selangor
2001 Piala Milo Selangor
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2013 Selangor 1578 (1498)
2014–2016 Johor Darul Ta'zim 899 (858)
2017 Melaka United 578 (569)
2017–2019 Selangor FC 965 (899)
2020 Sarawak United FC 289 (250)
2021– Sabah FC 356 (341)
Pasukan kebangsaan
2004– Malaysia 1991 (1989)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Disember 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 31 Disember 2017

Sebelum bermulanya musim 2009, Amri dilantik untuk menjadi ketua pasukan Selangor selepas kontrak Shukor Adan ditamatkan FAS.

Kehebatannya terserlah selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan persahabatan menentang juara Liga Perdana Inggeris Manchester United pada 18 Julai 2009. Pasukan kebangsaan tewas 2-3.

Beliau juga berjaya menjaringkan gol tunggal negara untuk skuad kebangsaan Malaysia sewaktu bertemu dengan juara La Liga, FC Barcelona dalam sebuah perlawanan persahabatan, skuad kebangsaan tewas 1-3 di Stadium Shah Alam

Pada 22 Disember 2009, beliau dipanggil kembali untuk memperkuatkan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriah Arab Bersatu pada 2 Januari 2010.[1] Amri juga turut tersenarai dalam skuad kebangsaan kendalian K. Rajagopal yang julung kali memenangi Piala Suzuki AFF 2010.

Kerjaya Kelab sunting

Selangor FA sunting

Amri menandatangani kontrak dengan Selangor pada tahun 2001. Amri menjadi sebutan ketika beliau menjaringkan gol emas menentang Sabah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002. Antara nama yang turut membantu pasukan Selangor merangkul kejuaraan treble (Liga Perdana Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia) pada tahun 2005. Amri memakai lilitan kapten bagi pasukan Selangor dalam musim 2009-2012. Amri juga adalah seorang pemain serba boleh. Beliau boleh bermain dalam beberapa posisi yang berbeza termasuk sebagai pemain pertahanan, pemain pertahanan tengah, pemain sayap, pemain penyerang tengah dan pemain penyerang.

Johor Darul Ta'zim sunting

Amri menyertai JDT pada tahun 2014. Amri pernah beberapa kali menjadi Kapten untuk skuad JDT. Amri merupakan seorang penyerang prolifik apabila berjaya menjaringkan beberapa buah gol menarik sepanjang kariernya di JDT. Sebagai seorang penyerang berpengalaman, Amri sentiasa mencuri tumpuan dengan gelagat dan gaya gelecekan bola yang hebat.[2] Sepanjang berada di JDT, Amri sudah mengumpul - juara Piala AFC 2015 - juara hatrik Liga Super (2014/15/16) - juara Piala FA 2016 - juara Piala Sumbangsih (2015/2016)[3]

Melaka United sunting

Pada 16 Disember 2016, Amri menandatangani kontrak satu tahun dengan kelab yang baru dinaikkan ke Liga Super 2017 Melaka United, dengan bayaran yang tidak dikemukakan selepas kontraknya dengan Johor Darul Ta'zim tamat tempoh.[4][5] Pada 21 Februari 2017, Amri membuat debutnya untuk Melaka United dengan kemenangan 2-0 ke atas Kelantan bermain selama 90 minit. Pada 14 Februari 2017, Amri menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya dalam kempen Piala FA ke atas PKNS.[6]

Kembali ke Selangor FA sunting

Pada bulan Mei 2017, Melaka United mengumumkan bahawa pemain yang mereka tandatangani pada pra-musim iaitu Amri Yahyah akan kembali ke bekas pasukannya Selangor FA pada jendela perpindahan pertengahan musim.[7] Amri membuat penampilan Liga Super 2017 bersama Selangor dalam kekalahan 0-2 ke atas Pahang pada 24 Mei 2017. Amri kemudian menjaringkan gol Liga Super-nya pada 22 Julai 2017 iaitu ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Kelantan. Jaringan kedua Liga Super pula hadir ketika menang 2-1 ke atas Johor Darul Ta'zim pada 5 Ogos 2017.[8]

Kerjaya antarabangsa sunting

Amri mula mewakili Malaysia pada Sukan Sea 2003 di Hanoi, Vietnam, Sukan Afro-Asia di Hyderabad, India pada bulan Oktober 2003, dan juga pada Piala Tiger 2004 di mana Amri membantu Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga. Nama Amri agak malap selepas itu kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya setelah pulang latihan bersama skuad kebangsaan.

Pada 2009, jurulatih K. Rajagopal menyenaraikan nama Amri bersama skuad kebangsaan. Nama Amri kembali menjadi sebutan selepas menghasilkan 2 jaringan, dimana salah satunya jaringan terbaik untuk pasukan Pilihan Malaysia dalam perlawanan persahabatan pra-musim pada 18 Julai 2009, menentang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United. Perlawanan berkesudahan dengan Pilihan Malaysia tewas 2-3.[9]

Pada November 2010, Amri disenaraikan sekali lagi dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Piala Suzuki AFF 2010. Amri turut membantu dengan menjaringkan dua gol menentang Laos dalam kemenangan 5-1 pada peringkat kumpulan. Malaysia berjaya memenangi gelaran Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam sejarah mereka setelah menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir. Berkesudahan pasukan kebangsaan menang 4-2 secara aggregat dalam perlawanan timbal balik.

Pada bulan Julai 2011, Amri dipanggil untuk mewakili pasukan Pilihan Malaysia menentang Chelsea. Malaysia tewas 0-1.[10]

Pada 10 Ogos 2013, Amri sekali lagi membuktikan reputasinya sebagai pemain yang menjaringkan gol ketika bertemu kelab elit luar negara dengan menjaringkan gol tunggal pasukan Pilihan Malaysia yang tewas 1-3 kepada FC Barcelona ketika kunjungan rasmi mereka dalam Asia Tour 2013.[11]

Statistik sunting

Domestik sunting

Sehingga 27 Disember 2017.[12]
Appearances and goals by club, season and competition
Pasukan Musim Liga Piala Malaysia Piala FA AFC Keseluruhan
Divisyen Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol
Selangor 2001 Liga Perdana 1 6 0 2 - 8
2002 Liga Perdana 1 6 7 2 2 0 15
2003 Liga Perdana 1 0 0 0 - 0
2004 Liga Perdana 5 0 2 - 7
2005 Liga Perdana 1 1 1 - 3
2005–06 Liga Super 3 0 0 4 0 3
2006–07 Liga Super 7 4 1 - 12
2007–08 Liga Super 3 0 0 - 3
2009 Liga Super 13 6 4 - 23
2010 Liga Super 6 1 2 2 0 9
2011 Liga Super 25 6 3 4 - 13
2012 Liga Super 6 5 1 - 12
2013 Liga Super 8 1 1 7 0 10
Total 70 28 20 15 0 118
Johor Darul Ta'zim 2014 Liga Super 24 3 0 3 0 1 0 7
2015 Liga Super 22 5 0 1 0 0 7 2 0 8
2016 Liga Super 17 1 6 2 0 2 10 2 0 7
Total 63 9 0 6 0 3 0 4 0 22
Melaka United 2017 Liga Super 10 0 2 1 12 1
Total 10 0 2 1 12 1
Selangor 2017 Liga Super 8 2 7 2 0 0 15 4
2018 Liga Super 0 0 0 0 0 0 0 0
Total 8 2 7 2 0 0 15 4
Total career ? 83 ? 31 ? 28 ? 4 ? 146

Malaysia sunting

Kejuaraan sunting

Domestik sunting

Selangor FA
Johor Darul Takzim

Antarabangsa sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Norhafiz, Amri dipangil hadapi kelayakan Piala Asia", Utusan Online, 22 Disember 2009.
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016. Dicapai pada 21 Disember 2014.CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ http://www.soccer24.com/malaysia/super-league/
  4. ^ "Amri Yahyah tandatangani kontrak setahun dengan Melaka United". Astro Awani. 17 December 2016. Dicapai pada 10 January 2018.
  5. ^ "Bosan tunggu Selangor pinang, Amri Yahyah sertai Melaka United". Malay Mail. 17 December 2016. Dicapai pada 10 January 2018.
  6. ^ "Kelantan 0–2 Melaka United". Soccerway. 21 February 2017.
  7. ^ "Transfer: 'Golden Boy' Amri Yahyah Returns to Selangor". Goal.com. 17 May 2017.
  8. ^ "Selangor 0–2 Pahang". Soccerway. 24 May 2017.
  9. ^ Amri marks return with superb double Diarkibkan 20 Julai 2009 di Wayback Machine – The Star – 19 July 2009
  10. ^ Kim Swee put in charge for Chelsea friendly1[pautan mati kekal] – The Star – 8 July 2011
  11. ^ http://www.thestar.com.my/Sport/Football/2013/08/11/Amri-does-it-yet-again/
  12. ^ "Mohd Amri Yahyah". Soccerway. Dicapai pada 8 December 2017.

Pautan luar sunting