Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (lahir 3 Disember, 1951) ialah kakitangan tentera Malaysia, beliau merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang bersara pada 31 Januari 2007. Beliau merupakan Panglima Angkatan Tentera yang pertama yang dilantik daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Mohd Anwar Mohd Nor
AnwarNor.jpg
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Ke-12
Panglima Angkatan Tentera Malaysia Ke-13
Kelahiran (1951-12-03) 3 Disember 1951 (umur 68)
Alor Gajah, Melaka
KesetiaanMalaysia
PerkhidmatanTentera Laut Diraja Malaysia
Tahun perkhidmatan1969-2007
PangkatUS-O10 insignia.svg Laksamana

Selama lebih lima dekad, jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia secara tradisinya dilantik daripada kalangan pemimpin Tentera Darat Malaysia (TDM). Begitu juga selepas persaraan beliau, jawatan tersebut diambil alih pula oleh Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Hj Zainal, Panglima Tentera Darat (PTD) sebelum itu.[1] Memandangkan jawatan itu dipegang semula oleh Jeneral daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), pelantikan Tan Sri Mohd Anwar sebagai Panglima Angkatan Tentera merupakan sesuatu yang unik setakat ini.

Penglibatan awalSunting

Mohd Anwar menyertai TLDM pada tahun 1969. Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini mendapat latihan awal di HM Naval Base Secondary School, Singapura. Pada tahun 1981, beliau telah dihantar mengikuti kursus di Naval Staff College, Rhode Island di Amerika Syarikat.

Kepimpinan beliau teserlah dengan terlantiknya beliau ke jawatan-jawatan penting dalam TLDM. Mohd Anwar pernah menjadi pegawai memerintah KD Pelandok, menjadi juruiring Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-IX dan ke-X. Setelah dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama beliau memegang pula jawatan Inspektor Jeneral Markas Tentera Laut dan kemudiannya sebagai Panglima Wilayah Laut II. Beliau juga pernah menjadi komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda seterusnya menjawat jawatan Panglima Armada. Setelah itu beliau sekali lagi dinaikkan pangkat Laksamana Madya dan dilantik menjadi Timbalan Panglima Tentera Laut pada tahun 2002.

Panglima tertinggiSunting

 
Mohd Anwar dalam "Dialog Shangri-La" 2006 di Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS)

Pada 12 Ogos 2003 Mohd Anwar dilantik menjadi Panglima Tentera Laut dan dinaikkan ke pangkat Laksamana penuh. Laksamana Tan Sri Mohd Anwar mencipta sejarah apabila dilantik ke jawatan Panglima Angkatan Tentera pada 29 April 2005 menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin. Beliau memecah tradisi memandangkan sebelumnya jawatan itu dimonopoli oleh pegawai-pegawai tertinggi Tentera Darat Malaysia. Perlantikan ini dilihat banyak pihak sebagai bersesuaian dengan perubahan keadaan semasa dan konsep rangka kerja Pasukan Angkatan Bersama yang ditubuhkan tahun sebelumnya. Ketika memegang teraju Angkatan Tentera Malaysia, beliau banyak menyentuh konsep kebersamaan ataupun jointness dalam operasi ATM melalui ucapan-ucapan beliau. Beliau juga meneruskan usaha-usaha memperkaya ilmu pengetahuan warga ATM melalui konsep K-Force yang dicetuskan oleh Jeneral Tan Sri Zahidi. Sebagai seorang panglima beliau sendiri memiliki ijazah Sarjana Sains EBM daripada Universiti Warwick.

PersaraanSunting

Beliau telah digantikan oleh Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Abdul Aziz Hj Zainal dari Tentera Darat mulai 1 Februari 2007. Beliau telah menulis karya yang bertajuk On Command and Leadership yang merangkumi pengalaman beliau dan petikan ucapan-ucapan sewaktu berkhidmat dengan ATM. Beliau kini merupakan pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Malaysia.

Penghormatan [2]Sunting

RujukanSunting


Penyandang Terdahulu Panglima Tentera Laut
13 Ogos 2003 – 27 April 2005
Penyandang Kemudian
Laksamana Tan Sri Mohd Ramly Bin Abu Bakar Laksamana Tan Sri Dato' Sri Ilyas Bin Haji Din


Penyandang Terdahulu Panglima Angkatan Tentera
29 April 2005 – 31 Januari 2007
Penyandang Kemudian
Jeneral Tan Sri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Abdul Aziz Hj Zainal