Buka menu utama

Mohd Apandi Mohamad adalah ahli politik PAS dari Kelantan. Beliau dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Jeli, Kelantan.

Saman terhadap bloggerSunting

Pada 4 Jun 2012, Mohd Afandi menyaman blogger mesra UMNO, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof sebanyak RM1 juta ekoran blogger itu menyiar berita berunsur fitnah. Defendan yang beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu merupakan pemilik blog http://www.kelatekito.net menyiarkan berita fitnah yang bertajuk “YDP PAS Jeli samun tanah rakyat” pada 8 November 2011.

Artikel itu jelas menuduhnya sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat. Plaintif melalui peguam Hisham Fauzi telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya defendan memadamkan artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka.Defendan hendaklah membayar gantirugi kepada plaintif, namun defendan gagal berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka serta membayar gantirugi. Blogger yang sama mendakwa Yang Dipertua PAS Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di Mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya. Kononnya tanah tersebut diusaha rakyat sejak berpuluh tahun lalu dirampas kerajaan PAS untuk membangunkan ladang, tetapi pemimpinnya rakus untuk dijadikan harta peribadi.

Dalam tuntutannya juga plaintif mahu defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu. Selain itu bayaran gantirugi teladan, gantirugi melampau serta gantirugi punitif. Sebutan kes tersebut dijangka diadakan pada 24 Jun 2012 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.[1]


RujukanSunting