Mohd Badhri Mohd Radzi

Pemain bola sepak
(Dilencongkan dari Mohd Badhri Bin Mohd Radzi)

Mohd Badhri Mohd Radzi adalah seorang lagi pemain kelahiran Kuala Lumpur generasi baru yang boleh dianggap sebagai wajib dalam kesebelasan utama jurulatih. Memiliki gaya permainan yang tenang dan bersahaja, Badhri Radzi yang juga dikenali sebagai Piya (mapaa) sentiasa menjadi duri dalam daging untuk pasukan lawan. Dek kerana pemain ini mempunyai pengaruh yang boleh dikatakan kuat dan dihormati, beliau diberi tugas sebagai 'kapten' kepada pasukan Juara Liga Super Malaysia 2011 & 2012 iaitu Kelantan. Ketika tumpuan pihak lawan terarah kepada pemain penyerang, Badri Radzi sentiasa mengukir namanya sebagai peledak.

Mohd Badhri Mohd Radzi
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Badhri Mohd Radzi
Tarikh lahir (1982-06-02) 2 Jun 1982 (umur 41)
Tempat lahir Sungai Udang, Melaka, Malaysia
Ketinggian 1.73 m (5 ka ​8 18 in)
Posisi permainan Tengah Vokalis
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kelantan United
Nombor 16
Kerjaya remaja
2002-2004 Piala Presiden Kelantan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004-2005 Kelantan FA 34 (15)
2005-2007 PDRM FA 21 (8)
2007- Kelantan FA 100 (47)
Pasukan kebangsaan
2013– Malaysia Malaysia 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada April 4, 2012
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22 Mac, 2013

Sentuhan Badhri Radzi juga amat berbisa. Bermain di posisi 'attacking midfielder' pihak lawan sering mengabaikannya menjadikan dia sentiasa mempunyai peluang untuk meledak gol.

Pemain yang dilahirkan pada 02 Jun 1982 ini juga bertindak sebagai wira Kelantan apabila menyumbat gol kemenangan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 pertembungan dengan Negeri Sembilan. Pada perlawanan tersebut Kelantan menang 2-1 menjadikannya sebagai sejarah untuk bola sepak Kelantan apabila mereka berjaya membawa balik Piala Malaysia ke bumi Kelantan untuk pertama kalinya.

Badhri Radzi juga memiliki kemahiran sepakan percuma yang mengingatkan beliau kepada lagenda bola sepak Kelantan yang terdahulu iaitu Hashim Mustapha. Namun kejayaan Badhri Radzi mungkin lebih bersinar setelah berjaya menjulang beberapa piala iaitu Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011 & Juara Liga Super Malaysia 2011-2012.

Pencapaian sunting

Tahun Pertandingan Pasukan Catatan
2009 Piala FA   Kelantan FA Naib Juara
Piala Malaysia   Kelantan FA Naib Juara
2010 Liga Super Malaysia   Kelantan FA Naib Juara (Format Liga)
Piala Malaysia   Kelantan FA Juara
2011 Piala Sumbangsih   Kelantan FA Juara
Piala FA   Kelantan FA Naib Juara
Liga Super Malaysia   Kelantan FA Juara (Format Liga)
2012 Piala Sumbangsih   Kelantan FA Naib Juara
Piala FA   Kelantan FA Juara
Liga Super Malaysia   Kelantan FA Juara (Format Liga)
Piala Malaysia   Kelantan FA Juara
2013 Piala Sumbangsih   Kelantan FA Naib Juara
Piala FA   Kelantan FA Juara
Piala Malaysia   Kelantan FA Naib Juara
2015 Piala FA   Kelantan FA Naib Juara

Anugerah sunting

Badhri Radzi menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan sunting

Musim Kategori
2013 Pemain Paling Bernilai[1]
2013 Pemain Tengah Terbaik
2014 Pemain Tengah Terbaik

Rujukan sunting

  1. ^ Piya paling bernilai, Harian Metro, 1 Disember 2013

Pautan luar sunting