Mohd Bakri Mohd Zinin

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Bakri bin Mohd Zinin merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Negara.

Mohd Bakri Mohd Zinin
Kelahiran
Haji Mohd Bakri bin Mohd Zinin

(1954-09-07) 7 September 1954 (umur 69)
PekerjaanPegawai Polis, Timbalan Ketua Polis Negara

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Bakri bin Mohd Zinin (lahir 7 September 1954 di Sabah) dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013. Perlantikan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dinaikkan pangkat kepada Ketua Polis Negara pada tarikh yang sama.

Kelulusan sunting

Bakri yang berasal dari Beaufort, Sabah (tetapi dibesarkan di Penampang) memiliki Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 November 1976 sebagai Inspektor Percubaan.

Khidmat dalam PDRM sunting

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah Sandakan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Cheras dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi.[1]

Bakri juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah D4 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah pada 2003 dan dua tahun kemudian dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.

Pada 2006, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan menjadi pengarahnya setahun kemudian. Pada 2008 beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Beliau masih terus berkhidmat di PDRM sehingga kini.

Anugerah sunting

Pada 2 Februari 2009, Yang di-Pertuan Agong,Sultan Mizan Zainal Abidin mengurniakan Darjah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri kepada beliau dan Datin Seri kepada isteri beliau, Puan Sri Datin Seri Rohayah binti Sir. Datuk Seri Panglima Haji Yassin di Istana Negara.Beliau merupakan antara 274 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan ke-35.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  • DATUK SERI MOHD BAKRI ZININ
  1. ^ "Mohd. Bakri bersara hari ini
    Utusan Malaysia online
    Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN"
    . Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-15. Dicapai pada 2018-01-14.