Mohd Bakri Omar
Tan Sri Mohd. Bakri bin Haji Omar (lahir 10 September 1948 - 10 November 2014) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang ketujuh dan berkhidmat dari 6 November 2003 hingga 11 September 2006.
YBhg Tan Sri Mohd Bakri Omar | |
---|---|
![]() | |
Ketua Polis Negara Malaysia | |
Dalam jawatan 5 November 2003 – 11 September 2006 | |
Didahului oleh | Norian Mai |
Digantikan oleh | Musa Hassan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Manjung, ![]() | 10 September 1948
Meninggal dunia | 10 November 2014 Institut Kanser Negara | (umur 66)
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara |
Dilahirkan di Manjung, Perak, Bakri memulakan perkhidmatan beliau sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971, dan seperti kebanyakan pegawai lain, telah menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL). Beliau menjadi Ketua Polis Kedah pada tahun 1996 dan Ketua Polis Kuala Lumpur pada tahun 1997. Kemudian, pada 2002, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Sewaktu Tan Sri Norian Mai bersara pada 5 November 2003, Bakri dilantik sebagai ganti.
Seperti kesemua Ketua Polis Negara sebelum ini, Bakri juga merupakan lepasan Kolej Diraja Kajian Pertahanan ("Royal College of Defence Studies"), United Kingdom. Beliau juga mempunyai Sarjana Sastera.
Meninggal duniaSunting
Beliau meninggal dunia pada 10 November 2014 di Institut Kanser Negara akibat penyakit barah. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8:45 pagi waktu tempatan.[1]
RujukanSunting
- ^ "Bekas KPN, Tan Sri Mohd Bakri Omar Meninggal Dunia". mSTAR Online. 10 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2018. Dicapai 10 Mac 2018.
Penyandang Terdahulu | Ketua Polis Negara 6 November 2003 – 11 September 2006 |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Norian Mai |
Tan Sri Musa Hassan |