Mohd Ekhwan Toriman

Profesor Dato' Dr. Mohd Ekhwan bin Haji Toriman (lahir 11 September 1969) ialah seorang ahli akademik Malaysia. Beliau ialah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-12, jawatan yang disandangnya sejak 1 Januari 2021.[1][2] Beliau merupakan alumni UKM pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor UKM.[3]


Mohd Ekhwan Toriman

DBNS (NS); PhD (Newcastle)
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia ke-12
Memegang jawatan
1 Januari 2021
Didahului olehMohd Hamdi Abd Shukor
Timbalan Naib Canselor UKM
Dalam jawatan
2017–2021
Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Dalam jawatan
8 Julai 2016 – 30 April 2017
Butiran peribadi
Lahir (1969-09-11) 11 September 1969 (umur 54)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia (BSc)
University of Manchester (MSc)
University of Newcastle Upon Tyne (PhD)
PekerjaanAhli akademik

Kerjaya akademik sunting

Mohd Ekhwan ialah graduan UKM pada 1992 (Ijazah Am) dan 1993 (Ijazah Kepujian) dalam bidang Geografi (fizikal), Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.[1][2][4][5]

Beliau seterusnya memperoleh Sarjana (MSc) dari Universiti Manchester serta Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Newcastle Upon Tyne UK dalam bidang Pemodelan Hidrologi Sekitaran, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Pengurusan Sumber Air.[1][2][4][5]

Mohd Ekhwan juga berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia serta jawatan pentadbiran dan akademik yang lain seperti Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).[1][2][4][5]

Beliau dilantik sebagai Naib Canselor UKM ke-12 pada 1 Januari 2021 bagi menggantikan Mohd Hamdi Abd Shukor yang dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) pada 1 November 2020.[1][2][4] Pelantikan ini menjadikan Mohd Ekhwan sebagai alumni UKM pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor universiti itu.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "Mohd Ekhwan dilantik Naib Canselor baharu UKM". Berita Harian. 30 Disember 2020. Dicapai pada 1 Ogos 2020.
  2. ^ a b c d e "Mohd Ekhwan dilantik Naib Canselor UKM baharu". Sinar Harian. 30 Disember 2020. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  3. ^ a b Asmahanim Amir (30 Disember 2020). "Prof. Dato' Ts Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, the first UKM Alumnus Appointed as UKM Vice-Chancellor". Pusat Komunikasi Korporat UKM (dalam bahasa Inggeris). Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  4. ^ a b c d "UKM appoints Mohd Ekhwan Toriman as new vice-chancellor" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 30 Disember 2020. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  5. ^ a b c "Ekhwan Toriman named as vice-chancellor of UKM" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 30 Disember 2020. Dicapai pada 2 Ogos 2021.

Pautan luar sunting