Mohd Fairuz bin Selamat

Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz bin Selamat merupakan bekas ahli kumpulan Q-Face yang terkenal dengan lagu Izinkanlah dan Cinta Tak Sehaluan suatu ketika dulu. Selepas pengundurannya dari kumpulan tersebut, beliau telah dilamar oleh Syarikat FMC.

Fairuz Selamat
Latar belakang
Nama lahirMohd Fairuz bin Selamat
Kelahiran (1985-05-23) 23 Mei 1985 (umur 38)
Johor, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2000-2005, 2009
Pengkarya berkait
Antz, Q-Face

Kerjaya sunting

Menurut Pengarah Eksekutif FMC C. F. Ho, Fairuz mempunyai suara yang unik dan sempurna tetapi sayang jika bakat yang ada pada dirinya dipersiakan begitu sahaja. Kontraknya dengan FMC telah dilakukan pada 9 Februari 2002 di Cheras dengan disaksikan oleh ibu bapa dan abang Fairuz. Dalam perjanjian itu Fairuz dan bapanya, Encik Selamat telah menandatangani kontrak bagi pihak Fairuz kerana ketika itu Fairuz masih belum cukup usia untuk menandatangani kontrak secara peribadi.

Fairuz yang mesra dengan panggilan Yuz dikalangan peminat-peminatnya begitu meminati bidang nyanyian. Beliau bukan sahaja hebat mendendangkan lagu-lagu yang berbentuk balada sahaja malah anak kelahiran Johor ini juga dapat mendendangkan lagu melayu asli dengan begitu baik sekali. Beliau sendiri telah banyak menjadi johan dalam pertandingan Bintang Asli yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Johor.

Diskografi sunting

Single sunting

Album mini sunting

  • Fairuz Selamat (2009)

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.