Mohd Faiz Azizi bin Arlis

Mohd Faiz Azizi bin Arlis yang lebih mesra dipanggil Gjie merupakan gitaris utama kumpulan 6ixth Sense.[1] Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada (1985-11-23) 23 November 1985 (umur 38). Antara lagu yang dicipta oleh beliau untuk kumpulan asalnya ialah lagu Tanpa, Maafkanku dan Kelam.

Selain bersama 6ixth Sense, beliau juga merupakan gitaris kedua untuk kumpulan Akim & The Majistret yang popularitinya kian meningkat naik setelah berjaya membolot dua anugerah iaitu Persembahan Terbaik sekaligus dinobatkan sebagai Juara Lagu 30 dengan lagu Potret ketika mereka berentap dalam Anugerah Juara Lagu ke-30 pada 24 Januari 2016.

Rujukan sunting