Mohd Faizal bin Osman

Mohd Faizal bin Osman yang lebih dikenali sebagai Faizal atau nama penanya Abai Os merupakan salah seorang anggota kumpulan Hijjaz yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Beliau dilahirkan pada (1973-10-12) 12 Oktober 1973 (umur 50) dan merupakan anak jati Kempas, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Mohd Faizal bin Osman
Nama lahirMohd Faizal bin Osman
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreNasyid
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1997-kini
Pengkarya berkait
Kumpulan Hijjaz

Sebelum beliau bersama rakannya iaitu Munif, Isman dan Allahyarham Salleh menubuhkan kumpulan Hijjaz, mereka telah menganggotai kumpulan NadaMurni sekitar tahun 1980-an. Selain menyanyi, beliau turut berkebolehan dalam mencipta lagu dan menulis lirik seperti lagu Permaisuri Hatiku (Hijjaz), Doa Seorang Kekasih (In-Team), Sekolahku (UNIC) dan Antara Dua Kasih (UNIC).