Farid Amirul

Pelakon lelaki Malaysia

Farid Amirul Hisham Wu Abdullah (lahir 7 April 1965) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan watak sebagai Detektif Lim dalam drama kepolisan Gerak Khas yang disiarkan di TV2 dan TV3 (Gerak Khas The Finale) Drama bercorak kepolisan popular Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini diterbitkan oleh Skop Productions milik pengarah dan penerbit Dato’ Yusof Haslam.

Farid Amirul
Kelahiran
Farid Amirul Hisham bin Wu Abdullah

(1965-04-07) 7 April 1965 (umur 58)
PekerjaanPelakon, penolong pengarah
Tahun aktif1986–kini
Terkenal keranaSarjan Lim dalam Gerak Khas
PasanganNorhayati Abdullah (k. 2021)

Kehidupan peribadi sunting

Farid Amirul memeluk Islam pada 21 Jun 1991[1]. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Norhayati Abdullah pada 17 Februari 2021.[2][3]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1994 Panggilan Pulau Musa Filem pertama
1998 Jibon Mr. Lee
1999 Bara Ah Boon
2000 Leftenan Adnan Mejar Fujiwara
Pasrah Pembantu Peribadi Datuk Othman
2001 Gerak Khas The Movie Detektif Lim
2002 Gerak Khas The Movie II
2003 MX3 Banduan
2005 GK3 The Movie Detektif Lim
2007 Kayangan Robert
2008 Evolusi KL Drift Sebagai penolong pengarah
2021 J2: J Retribusi Boon
2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Goh Hoi
Abang Long Fadil 3 Penampilan khas

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1986 Harimau Rimba TV1 Drama pertama
1999–2011, 2019–2021 Gerak Khas Sub Inspektor (S.I) Detektif Lim TV1, TV2, TV3
2007 Airmata Maria Jimmy TV3
2012 Metro Skuad (Musim 1) Pelbagai watak TV2 2 episod: "Dendam" dan "Khianat"
2012–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Sarjan Mejar Lim
2013 Titisan Darah Pahlawan Ketua Pengganas Komunis TV1 Episod: "Senoi Praaq"
2021 Single Terlalu Lama TV3 Penampilan khas
2021–2022 Gerak Khas Undercover Lim
2021 Jamu Nesan Hypp Sensasi
2022 Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti Robert Liew Astro Ria
Kuasa Dr. Jason Astro Citra
Kerana Aku Isteri Bidaan Tuan Nizam TV3
Bukan Pi Mai Pi Mai Astro Ria Pelakon undangan
Kamcing Abdullah Sooka
Hilang Dato Steven Viu
Hati Tanpa Rasa Dato Hashim TV3
2023 One Million Dollar Voice Hung Astro Ria

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1995 Diari Hati Julia TV3
2011 Bara Cinta Ramadan Tauke Lim
2013 Kalam Cinta Tuan Abdullah TV AlHijrah
2015 Jalan Pintas TV2
2018 Purnama TV3
2020 Gaun Pengantin Ivovy Unifi TV

Isu dan kontroversi sunting

Pertuduhan mencuri buku sunting

Pada 17 Disember 2009, Farid telah dituduh mencuri dua buah buku di MPH Bookstores, Mid Valley Megamall dan dihukum penjara dua bulan dan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.[4] Majistret Mohd. Faizi Che Abu memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Farid. Saksi kes pencurian ini ialah penyiasat dalam MPH, Mohd Aqib Mohd Yusof serta penyelianya, Fadhilah Mohd Yusuf. Buku itu bernilai RM198.90 pada jam 7.15 malam, 27 Mac 2009. Buku yang dicurinya bertajuk The Sistine Secrets dan Decoding The Heaven.[5]

Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.[6] Bagaimanapun Farid telah menarik balik pengakuan awal sebagai bersalah setelah melantik Peguam bela Nor Azri Mohd. Arif. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli. Farid dibebaskan pada Mac 2012. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk K.N. Segara dan Datuk Aziah Ali memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan akhir pendakwa raya. Dengan keputusan itu, kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September 2010 yang membebaskan beliau selepas membenarkan rayuannya. Hakim Abdul Malik ketika membacakan alasan penghakimannya menyatakan, panel itu menerima fakta keterangan kes bahawa tiada saksi yang melihat Farid mengambil dua buah buku itu dari rak di gedung buku MPH pada hari kejadian.

Beliau menyatakan, identiti kedua-dua barang kes turut diragui kerana ia tidak ditanda sewaktu diterima daripada pengawal keselamatan MPH, manakala beg sandang milik pelakon itu yang didakwa digunakan untuk menyembunyikan buku-buku, juga tidak dikemukakan ketika perbicaraan. Ujarnya, pegawai penyiasat sepatutnya menanda buku itu dan mengemukakan borang serahan kepada pengawal keselamatan sebagai bukti penyerahan sebelum meletak buku-buku itu dalam sampul surat yang dimeterai dan disimpan dalam setor polis.Hakim Abdul Malik turut menyatakan, wujud kepincangan pada kes pendakwaan kerana cip pengimbas keselamatan yang didakwa dikoyak dan dikeluarkan dari buku oleh Farid Amirul, tidak diambil dan ditanda oleh pegawai penyiasat sebagai barang bukti kes.

Selain itu, mahkamah turut berpuas hati bahawa kegagalan pihak polis merampas rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang sebahagiannya berfungsi, turut mencacatkan kes pendakwaan. Farid Amirul tidak diwakili peguam manakala Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan mewakili pihak pendakwaan.[7][8]

Rujukan sunting

  1. ^ AU YEONG HOW (24 Oktober 2009). "'Detektif Lim' mungkin bersara gara-gara dipulau ekoran kes curi buku". mStar. Dicapai pada 17 Januari 2022.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (17 Februari 2021). 'Detektif Lim' nikah pada usia 55 tahun Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  3. ^ Mohamad Shahemy Azmi (17 Februari 2021). 'Detektif Lim' selamat bergelar suami Kosmo!. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  4. ^ Pelakon Gerak Khas dipenjara 2 bulan Utusan Malaysia (17 Disember 2009). Dicapai pada 18 Januari 2010.
  5. ^ Norliza Mohd Zakaria (19 Mei 2009). "Saya tak hukum Farid - Yusof Haslam". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-26. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  6. ^ Sarjan Lim bela diri 1 Oktober Utusan Malaysia (25 Ogos 2009). Dicapai pada 18 Oktober 2009.
  7. ^ Feride Hikmet Atak (5 Oktober 2010). "Dituduh Mencuri Buku, "Detektif Lim" Dibuang Keluarga". mStar Online. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  8. ^ "Pelakon Gerak Khas dihukum penjara, denda". Malaysiakini. 17 Disember 2009. Dicapai pada 22 Disember 2011.

Pautan luar sunting