Mohd Farid Ariffin

Dato' Mohammad Farid Ariffin (lahir 21 Oktober 1942) merupakan pengasas dan Presiden Majlis Kanser Nasional (MAKNA), sebuah agensi yang diwujudkan bagi membantu pesakit kanser.[1]


Mohd Farid Ariffin
Kelahiran (1942-10-21) 21 Oktober 1942 (umur 81)
PekerjaanPengasas dan Presiden Majlis Kanser Nasional

Biografi sunting

Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah, beliau menerima pendidikan awal di Alor Setar, Baling dan Kulim. Mempunyai Diploma dalam pendidikan di Institut Bahasa Kuala Lumpur pada tahun 1963. Kemudian beliau meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan pada tahun 1973 di Universiti Sains Malaysia.[1]

Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Lincoln's Inn, London dalam bidang Ijazah Undang-undang dan kembali ke Malaysia untuk memulakan kerjaya sebagai peguam melalui firmanya sendiri iaitu Farid Ariffin & Associates. Beliau juga bergiat aktif dalam politik dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Kesihatan dari 1987 hingga 1995.[1] Beliau menubuhkan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pada 1994 berdasarkan dari pengalamannya sendiri apabila anak lelakinya yang bertarung dengan leukemia, yang membuatnya menyedari bahawa pesakit tidak mempunyai peluang untuk meneruskan rawatan jika mereka tidak mampu melakukan rawatan.[2][3]

Beliau dianugerahkan Tokoh Kanser Negara pada 2014 oleh Universiti Putra Malaysia.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Dato' Mohammad Farid Ariffin: Tokoh Alumni 2000 Universiti Sains Malaysia. Dicapai pada 10 Julai 2015.
  2. ^ Working hard for a meaningful cause The Star Online (22 Jun 2015). Dicapai pada 10 Julai 2015.
  3. ^ Amida Abdulhamid (2001). Dato' Mohd Farid Ariffin tubuhkan MAKNA untuk bantu peaksit kanser Google Books. Dicapai pada 10 Julai 2013.
  4. ^ Mohd Farid Ariffin dianugerahkan Tokoh Kanser Negara 2014 Utusan Malaysia (12 Mei 2014). Dicapai pada 12 Mei 2014. — melalui laman web rasmi MAKNA.

Pautan luar sunting