Mohd Fauzi Abdullah

Yang Berhormat Mohd Fauzi Abdullah adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai,[1] Kelantan bertanding di atas tiket PAS.

Yang Berhormat

Mohd Fauzi Abdullah

ADUN
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Manek Urai
Memegang jawatan
14 Julai 2009
Didahului olehIsmail Yaacob
Butiran peribadi
LahirBukit Marak, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganAminah Mahmud
Anak-anak5
KediamanKelantan Kelantan
PekerjaanAhli politik

Peribadi sunting

Pada 26 Julai 2009, beliau diumum menjadi wakil rakyat baru selepas terpilih di dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob. Lahir kira-kira 50 tahun yang lalu, beliau merupakan anak ke-6 kepada pasangan Abdullah dan Limah bt Dollah. Lahirnya di Bukit Marak, Kelantan, dan kemudian berhijrah ke Kuala Krai, lalu menetap di Pekan Guchil.

Di Pekan Guchil itulah, beliau dibesarkan bersama ibu dan bapanya yang kemudiannya memikul tanggungjawab dengan gigih mendidik 4 orang lagi adik-adiknya sehingga berjaya ke puncak pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Aminah bt Mahmud dan kini dikurniakan 5 orang anak. Berbekalkan kesedaran tinggi mendidik anak-anak, anak sulungnya kini telah berjaya ke universiti sementara anak-anaknya yang lain masih di bangku sekolah.

Politik sunting

Pengalaman beliau lama dalam parti ialah sejak remaja lagi. Maka beliau diberi kepercayaan sebagai ketua cawangan Bandar Krai. Beliau juga mendapat kepercayaan kerajaan negeri dilantik sebagai Penyelia DUN Guchil dan Ahli Majlis Daerah Kuala Krai.

Beliau turut mendapat kepercayaan menduduki jawatan Bendahari PAS Kuala Krai.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting