Mohd Hayati Othman

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Dato' Dr. Mohd Hayati Othman (lahir 12 Jun 1957) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pendang, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.[1][2][3][4]

Yang Berhormat Dato' Dr.

Mohd Hayati Othman

DSDK, AMK (Kedah); MD
Pengerusi Jawatankuasa
Kesihatan dan Kerajaan Tempatan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Memegang jawatan
2020
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Tokai
Memegang jawatan
2018
Didahului olehMohamed Taulan Mat Rasul (PAS)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pendang
Dalam jawatan
2004 – 2013
Didahului olehOthman Abdul (BN-UMNO)
Digantikan olehOthman Abdul (BN-UMNO)
Butiran peribadi
Lahir (1957-06-12) 12 Jun 1957 (umur 66)
Pendang, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganDatin Rahimah Sahit
Anak-anak7
KediamanKedah Kedah
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor

Pada Januari 2010, beliau dikurniakan gelaran Dato’ oleh Sultan Kedah.[5]

Biodata sunting

Dr Haji Mohd Hayati bin Othman dilahirkan di Kampung Batu Hampar, Pendang, Kedah pada 12 Jun 1957.

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pendang dari darjah 1 hingga 6. Kemudian di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah dari 1969 hingga 1974. Menyambung persekolahan di Kolej Islam Kelang (1974 - 1975). Matrikulasi di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah pada 1976. Kemudian mengambil jurusan perubatan di Fakulti Perubatan UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1983).

Kerjaya sunting

Organisasi sunting

  • 1982 Pengarah Minggu Suaikenal Persatuan Mahasiswa Perubatan UKM PERSIAP.
  • 1981 Setausaha OPKIM JAKSA Asrama Klinikal, UKM, di Jengka 8, Pahang.
  • 1982 Presiden JAKSA, Asrama Klinikal UKM.

Parti politik sunting

  • Naib YDP PAS Kawasan Pendang sesi 2007-2009
  • Pengerusi Badan Kebajikan PAS Pendang.
  • Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kedah.
  • Bekas Ketua Penerangan PAS Kedah, 2005- 2006.
  • Ahli Perhubungan PAS Kedah.
  • Bendahari Masjid Batu Hampar, Pendang.

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia: Pendang, Kedah[6]
Tahun Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts
2002 Mohd Hayati Othman (PAS) 22,542 49.7% Othman Abdul (UMNO) 22,825 50.3%
2004 Mohd Hayati Othman (PAS) 24,430 50.05% Md Rozai Shafian (UMNO) 24,380 49.95%
2008 Mohd Hayati Othman (PAS) 27,311 54% Md Rozai Shafian (UMNO) 23,238 46%

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Kedah
    • Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) - Dato' - 2010

Rujukan sunting

  1. ^ "Mohd Hayati bin Othman, Y.B. Dato' Dr. Haji". Parlimen Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2012. Dicapai pada 25 April 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Dicapai pada 20 December 2009.
  3. ^ "Hadi appointed Opposition leader". New Straits Times. New Straits Times Press. 10 September 2002.
  4. ^ Amin Iskandar (5 Ogos 2012). "PAS gets 70 federal seats, finalising candidates now, says Mat Sabu". Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2014. Dicapai pada 3 Ogos 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Negri Ruler heads Kedah Sultan's birthday honours list". The Star. 17 January 2010. Dicapai pada 18 January 2010.
  6. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 25 April 2010.

Pautan luar sunting