Mohd Irfan Fazail

Pemain bola sepak Malaysia

Mohd Irfan Fazail (lahir 12 April 1991 di Pontian, Johor) adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain dengan Johor Darul Takzim II FC di Liga Perdana Malaysia.

Irfan Fazail
Irfan Fazail.png
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohamad Irfan bin Fazail
Tarikh lahir (1991-04-12) 12 April 1991 (umur 29)
Tempat lahir Pontian, Johor Darul Takzim, Malaysia
Ketinggian 1.70 m (5 ka ​6 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Malaysia Johor Darul Takzim II FC
Nombor 23
Kerjaya remaja
2004-2008 Sekolah Sukan Bukit Jalil
2008-2013 Harimau Muda A
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008–2009 Harimau Muda 27 (8)
2009–2013 Harimau Muda A 42 (16)
2011Zlaté Moravce (pinjaman) 2 (0)
2014 Johor Darul Ta'zim 5 (1)
2015– Johor Darul Ta'zim II 23 (3)
Pasukan kebangsaan
2007-2008 Malaysia Malaysia B-17 4 (5)
2008-2010 Malaysia Malaysia B-19 8 (0)
2010-sekarang Malaysia Malaysia 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 September 2016
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 September 2016

KarierSunting

Irfan Fazail dilahirkan di Pontian, Johor. Irfan dibesarkan di Johor Bahru dan mula bermain bola sepak untuk pasukan tempatan. Kemudian Irfan meninggalkan Johor dan memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil dan kemudian menyertai Pasukan Bola Sepak SSBJ dan mengambil bahagian dalam Piala Presiden Malaysia semasa bersekolah disitu.

Harimau MudaSunting

Selepas tamat sekolah, Irfan menyertai pasukan Harimau Muda pada tahun 2008, bersama-sama Wan Zack Haikal dan Mohd Fandi Othman, Harimau Muda menjadi satu pasukan yang kuat dan pada tahun 2008 mereka menjuarai Liga Perdana dibawah kendalian Dato' Ong Kim Swee.

Harimau Muda ASunting

Kemudian, Harimau Muda telah dipecahkan kepada dua pasukan dan Irfan terpilih dalam pasukan A. Irfan dan 25 pemain yang lain telah dipilih oleh jurulatih Azraai Khor untuk menyertai latihan selama lapan bulan di Zlaté Moravce, Slovakia.

FC ViOn Zlaté MoravceSunting

Pada September 2011, Irfan bersama Fadhli Shas dan Wan Zack Haikal telah dipilih untuk beraksi bersama kelab FC ViOn Zlaté Moravce di Slovakia secara pinjaman selama 3 bulan.[1][2] Irfan membuat penampilan sulung bersama kelab dengan kemenangan 3-0 menentang FK AS Trenčín, masuk dari bangku simpanan menggantikan Martin Hruška.[3] Irfan kemudian kembali ke pasukan Harimau Muda A untuk pasukan kebangsaan yang akan beraksi di Sukan SEA 2011. Irfan berjaya membuat 2 kemunculan bersama FC ViOn Zlaté Moravce

Harimau MudaSunting

Pada musim 2012, Pasukan Harimau Muda telah beraksi dalam liga S. League, Singapura dan menggunakan Stadium Yishun sebagai gelanggang sendiri. Harimau Muda menghuni tangga ke-4 selepas tamat saingan Liga.

Pada musim 2013, Pasukan Harimau Muda telah menjalani latihan di Slovakia dan telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan disana.

Johor Darul Takzim FCSunting

Untuk musim 2014, Irfan telah dilamar untuk bermain dengan pasukan selatan tanahair iaitu Johor Darul Takzim FC, bersama-sama Fadhli Shas. Irfan telah diberi jersi bernombor 23. [4]

Karier Bersama Pasukan KebangsaanSunting

Irfan mewakili pasukan Malaysia B-17 dalam Kejohanan Remaja B-17 AFF 2007. Irfan muncul dalam 4 perlawanan dan menjaringkan 5 gol, termasuk satu hatrik ketika menewaskan 7-0 ke atas Brunei.

StatistikSunting

Kelab Liga Musim Liga Piala Piala FA Piala Malaysia Piala Liga Eropah Total
Kmclan Gol Kmclan Gol Kmclan Gol Kmclan Gol Kmclan Gol Kmclan Gol Kmclan Gol
Zlaté Moravce Liga Super Slovak 2011 2 0 0 0 - 0 0 0 2 0 0 0 2 0
Jumlah 2 0 0 0 - 0 0 0 2 0 0 0 2 0
Harimau Muda S. League 2012 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Tahun 2013 berlatih di Slovakia bersama Harimau Muda A
Johor Darul Takzim FC Liga Super Malaysia 2014 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah kerjaya 2 0 0 0 0 0 0 0 2 0 0 0 2 0

Kehidupan PeribadiSunting

Irfan atau mudah dikenali sebagai Ipan dikalangan rakan-rakannya telah mengikat tali pertunangan bersama penyampai berita sukan TV3; Nadia Zuber.

RujukanSunting

Pautan luarSunting