Mohd Isa Shafie

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Dato' Mohd Isa bin Shafie (1954 – 14 Jun 2023) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik,[1] Kedah bertanding di atas tiket PAS pada sesi 1999—2004, 2004—2008 dan 2018—2023; beliau meninggal dunia ketika menjawat jawatan.[2]

Yang Berhormat Dato'

Mohd Isa Shafie

DSDK (Kedah)
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Belantek
Dalam jawatan
2018 – 14 Jun 2023
Didahului olehMohd Tajuddin Abdullah (BN-UMNO)
Dalam jawatan
1999–2008
Didahului olehHamlan Din (BN-UMNO)
Digantikan olehMohd Tajuddin Abdullah (BN-UMNO)
Butiran peribadi
Lahir1954
Sik, Kedah
Meninggal dunia14 Jun 2023(2023-06-14) (umur 68–69)
Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
KediamanKedah Kedah
PekerjaanAhli politik

Kehidupan sunting

Mohd Isa dilahirkan pada tahun 1954 di Sik, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sik (1961-1966) dan Madrasah Al-Infitah Al-Khairiah (1967-1970).[3]

Politik sunting

Keputusan pilihan raya sunting

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Mohd Isa Shafie
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
1999 Belantik Mohd Isa Shafie PAS 6,556 Siti Meriam BN 6,031 525
2004 Belantik Mohd Isa Shafie PAS 7,310 Md Salleh Ismail BN 7,259 51
2018 Belantik Mohd Isa Shafie PAS 9,600 Tajuddin Abdullah BN 7,026 2,574
Abdul Rashid Abdullah PKR 2,376

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Kedah
    • Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) - Dato' (2022)[4]

Kematian sunting

Pada pukul 11:23 malam 14 Jun 2023, beliau telah meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Jenazah beliau telah dibawa pulang pada kira-kira pukul 2:00 pagi untuk dimandikan dan disembahyangi.[5] Jasad beliau lalu disembahyangi pula di surau Kampung Jering sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Surau Al-Badru, Kampung Jering, Chepir pada pukul 11:30 pagi.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Senarai ADUN Kedah". Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2023. Dicapai pada 16 Jun 2023.
  2. ^ a b Norlia Ramli (15 Jun 2023). "Jenazah ADUN Belantik selamat dikebumikan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Jun 2023.
  3. ^ "Mohd Isa Shafie". PRU Sinar Harian. Dicapai pada 16 Jun 2023.
  4. ^ BERNAMA (Jun 19, 2022). "Raja Muda Kedah ketuai senarai penerima darjah kebesaran Kedah". BH. Dicapai pada 20 Jun 2022.
  5. ^ "Jenazah ADUN Belantek selamat dikebumikan". Astro Awani. 15 Jun 2023. Dicapai pada 16 Jun 2023.