Mohd Izwan bin Mohd Musai lahir pada (1987-06-19) 19 Jun 1987 (umur 36). Berasal daripada Shah Alam, Selangor. Merupakan salah seorang daripada anggota Kumpulan Nice. Sejarah permulaan beliau, Izwan merupakan ahli Mirwana generasi-12 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang tahun 2000 - 2004.

Mohd Izwan Musai
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2006
Pengkarya berkait
Kumpulan Nice

Pendidikan beliau tidak terhenti disitu, beliau pernah menyertai kursus Bahasa Inggeris selama 3bulan di Kolej Yayasan Melaka(KYM). Langkah seterusnya bersambung ke Pusat Asasi Sains versiti Malaya (PASUM) 2005-2006. Izwan juga telah menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bacelor Sains (Pembangunan Manusia & Teknologi Maklumat) 2006 - 2010.

Beliau telah bekerja di sektor kerajaan Putrajaya, Bahagian Pendaftaran Negara pada 2010. Seterusnya beralih ke sektor kerajaan sebagai Account Executive di Telekom Malaysia Berhad (TM) selama hampir 7 tahun 2011-2017. Kini kariernya telah beralih kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya dengan menerajui syarikat Nawzi International Sdn. Bhd. yang membawa produk bernilaikan inovasi terkini cucian kotoran degil dengan tagline Sembur-Sembur, Bersih.

SUPERMOM membantu lebih 100,000 orang bermula dari penjenamaannya pada April 2016. Hasil Jualan mencecah RM1Juta pada September 2017 berbanding hanya RM200 Ribu jualan tahunan bagi tahun 2016. Bervisikan 1R1S (1 Rumah 1 Supermom), perniagaan ini membantu orang ramai menjana pendapatan dari rumah dan seterusnya menyampaikan nilai-nilai kebaikan dan kebersihan kepada seluruh negara. Terkini, SUPERMOM telah berada di pasaran Brunei di lebih 150 kedai.

Selain itu, kini beliau bergelar komposer/pencipta lirik/susunan muzik yang menerbitkan beberapa buah lagu untuk pertandingan badan-badan kerajaan, swasta dan secara komersial bersama Mirwana. Terkini, 2 lagu beliau terpilih dalam pembikinan album khas Mirwanation.

Published Song/Lyrics :

  1. Assalam - Album NICE- Istimewa Tiada Dua - 2008
  2. Kisah Kita, Dedikasi kepada Siti Marziah - 2011
  3. Ya Ma'ahadi (New Version) SMKA Maahad Hamidiah Kajang - 2014
  4. Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA Daerah Hulu Langat - 2014
  5. Panji Khalifah - 2017 TM Selangor
  6. Supermom Magic / Supermom Mudah - 2017 (Kredit kepada Aliff Azhari aka Zhizen Azarie)
  7. Cita Terindah - NICE - Album - Mirwanation Limited Edition 2018
  8. Lumrah Dunia - JUNSEN - Album - Mirwanation Limited Edition 2018
  9. Ya Ma'ahadi (Remix Version) SMKA Maahad Hamidiah Kajang - 2023


Backup Vocals (BVs) Songs :

  1. Album NICE - Istimewa Tiada Dua - 2008
  2. Cita Terindah - NICE - Album - Mirwanation Limited Edition 2018
  3. Lumrah Dunia - JUNSEN - Album - Mirwanation Limited Edition 2018
  4. SAJA - Salam Lebaran - 2020
  5. SAJA - Aku Yang Kau Lupa - 2021
  6. SAJA - Penanggung Rindu - 2021
  7. SAJA - Benchi Tapi Chinta - 2023

Rujukan sunting