Mohd Khalil Yaakob

ahli politik Malaysia

Tun Tan Sri Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob (lahir 29 Disember 1937) merupakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Pahang dan bekas Setiausaha Agung UMNO.

Yang Amat Berbahagia
Tun Datuk Seri Utama Haji

Mohd Khalil Yaakob

SMN, PSM; SJMK (Kelantan); SUMZ (Trg); SSAP, SIMP (Phg); DUNM, DGSM (Mel); DSAP (Phg); JSM; SAP (Phg)
Yang di-Pertua Negeri Melaka
Dalam jawatan
4 Jun 2004 – 4 Jun 2020
Didahului olehSyed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin
Digantikan olehMohd Ali bin Mohd Rustam
Menteri Penerangan Malaysia
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehMohamed Rahmat
Digantikan olehAbdul Kadir Sheikh Fadzir
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuantan, Pahang
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehFauzi Abdul Rahman
Digantikan olehFu Ah Kiow
Menteri Besar Pahang
Dalam jawatan
1986–1999
Didahului olehNajib Razak
Digantikan olehAdnan Yaakob
Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang
untuk Lepar
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehAhmad Tajuddin Sulaiman
Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang
untuk Bukit Tajau
Dalam jawatan
1986–1995
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Maran, Pahang
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului olehHishamuddin Yahaya
Digantikan olehMuhammad Abdullah
Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang
untuk Bukit Ibam
Dalam jawatan
1978–1982
Didahului olehMohamed Rusdi Mohamed Ariff
Digantikan olehAbdul Jabbar Ibrahim
Butiran peribadi
Lahir (1937-12-29) 29 Disember 1937 (umur 86)
Kuantan, Pahang
Parti politik BN-UMNO
PasanganToh Puan Datuk Seri Utama Zurina Kassim (k. 1965; m. 2022)
Yang di-Pertua Negeri Melaka
Tuan Yang Terutama
PemerintahanYang di-Pertua Negeri Melaka ke-6
Pertabalan1 Jun 2012
PendahuluSyed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin
PenggantiMohd Ali Mohd Rustam

Kehidupan Awal sunting

Beliau yang dilahirkan di Kuantan, Pahang mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad Shah kemudian meneruskan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perhubungan Politik di beberapa bahagian dalam negeri sebelum meninggalkan perkhidmatan awam pada tahun 1974 dan menyertai Perbadanan Kemajuan Jengka.

Politik sunting

Beliau yang menyertai UMNO pada 1962, telah mula bertanding di Dewan Undangan Negeri Pahang Bukit Ibam pada tahun 1978. Kemudian bertanding di Parlimen Maran .

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (1982-1984) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1984-1986) .Pada 14 Ogos 1986 beliau dilantik menjawat jawatan Menteri Besar Pahang menggantikan Dato Seri Najib Abdul Razak sehingga 22 Mei 1999. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan menggantikan Dato Mohamed Rahmat. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dari 25 Mei 1999 hingga 31 Mei 2004. Pada 4 Jun 2004, beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Yang Di-Pertua Negeri Melaka sunting

Tun dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka ke-6 pada 1 Jun 2004 bagi menggantikan Tun Syed Ahmad Shahabudin , bekas Menteri Besar Kedah. Pada 1 Jun 2012, beliau mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara. Majlis itu disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Halijah Abbas dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.[1] Pada 4 Jun 2020, beliau telah digantikan oleh Mohd Ali Rustam yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Keluarga sunting

Beliau berkahwin dengan Toh Puan Zurina binti Kassim pada tahun 1965 dan dikurniakan 3 orang anak.

Rujukan sunting


Penyandang Terdahulu Yang di-Pertua Negeri Melaka
4 Jun 20044 Jun 2020
Penyandang Kemudian
Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj Tun Dr Haji Mohd Ali Mohd Rustam


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Pahang
14 Ogos 198622 Mei 1999
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Najib Tun Razak Dato Seri Adnan Yaakob