Mohd Khyril Muhymeen Zambri

Mohd Khyril Muhymeen bin Zambri (lahir 9 Mei 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini beraksi untuk pasukan PKNS sebagai penyerang. Beliau berasal dari Taman Nuri, Alor Setar, Kedah. Merupakan pelajar aliran sukan di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary dan terpilih untuk berada bersama skuad projek dibawah bimbingan Akademi Dato' Basri suatu ketika dahulu.

Khyril Muhymeen Zambri
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Khyril Muhymeen bin Zambri
Tarikh lahir (1987-05-09) 9 Mei 1987 (umur 36)
Tempat lahir Alor Star, Kedah, Malaysia
Ketinggian 1.67 m (5 ka ​5 1116 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Petaling Jaya City
Nombor 14
Kerjaya remaja
Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2014 Kedah 106 (39)
2015 Negeri Sembilan 20 (8)
2016 AirAsia 15 (1)
2017– PKNS 22 (1)
Pasukan kebangsaan
2004–2006 Malaysia U-20 19 (3)
2006–2009 Malaysia U-23 17 (2)
2007–2013 Malaysia 31 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Julai 2018
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4 Ogos 2014

Kerjaya sunting

Khyril merupakan seorang pemain muda berbakat yang dimiliki Kedah. Bakatnya mula terserlah ketika bersama pasukan bawah 21 tahun Kedah. Dia mula mendapat tempat bersama kesebelasan utama Kedah pada musim 2005/06. Sejak itu, gandingannya bersama Marlon Alex James mendatangkan gerun kepada lawan. Khyril yang bergandingan bersama Marlon Alex James membawa Kedah muncul selaku juara Liga Super Malaysia, Piala FA Malaysia, dan Piala Malaysia dua musim berturut-turut. Pada musim 2007/08, Khyril dianugerahkan selaku Pemain Tengah Popular.[1]

Khyril juga mewakili Malaysia pada beberapa kejohanan utama. Antaranya Piala Belia Asia 2006 di India dimana Khyril menjadi satu-satunya penjaring Malaysia pada kejohanan tersebut. Khidmatnya kemudian ditagih oleh jurulatih skuad bawah 23 tahun Malaysia, Norizan Bakar pada Sukan Asia 2006.

Pada Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007, Khyril disenaraikan bersama pasukan utama Malaysia.[2] Pada kejohanan ini jugalah detik pahit terpaksa dilaluinya apabila sepakan penalti yang diambilnya berjaya diselamatkan penjaga gol Singapura Lionel Lewis sekaligus meranapkan harapan Malaysia untuk ke perlawanan akhir. Selepas itu, dia terus menjadi sandaran pada kelayakan Sukan Olimpik 2008 dimana dia menjaringkan gol ketika bertemu Jepun.

Pada kejohanan Pestabola Merdeka 2007, Khyril telah membantu Malaysia menjadi juara setelah menewaskan Myanmar 3-1. Khyril turut mewakili Malaysia pada Sukan Asia Tenggara 2007. Pada kejohanan ini Malaysia gagal membawa pulang pingat dalam acara bola sepak buat kali pertama sejak 1991.

Khyril menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Pakistan pada 10 Oktober, 2008.

Statistik sunting

Statistik Kelab Liga Piala Piala Liga Benua Keseluruhan
Musim Kelab Liga Gol Gol Gol Gol Gol
Malaysia Liga Piala Malaysia Piala FA Malaysia Piala AFC Keseluruhan
2005 Kedah FA Liga Perdana Malaysia 3 1 0 - 4
2005/06 2 1 0 - 3
2006/07 Liga Super Malaysia 4 0 1 - 5
2007/08 4 7 5 0 16
2009 1 1
Keseluruhan Malaysia 14 9 6 0 29

Kehidupan peribadi sunting

Khyril dilahirkan pada 9 Mei 1987 di Alor Setar merupakan anak kepada pengamal seni Silat, Zambri Osman yang juga pelakon drama Keris Hitam Bersepuh Emas sebagai Sang Guna dan Pendeta Arif.

Pencapaian sunting

Gol Antarabangsa sunting

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 10 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia   Pakistan 4-1 Menang Persahabatan
2. 20 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia   Nepal 4-0 Menang Pestabola Merdeka 2008
3. 20 November 2012 Kuala Lumpur, Malaysia   Bangladesh 1–1 Menang Persahabatan
4. 28 November 2012 Kuala Lumpur, Malaysia   Laos 4-1 Menang Piala Suzuki AFF 2012
5. 22 Mac 2013 Shah Alam, Malaysia   Yaman 2-1 Menang Kelayakan Piala Asia AFC 2015

Rujukan sunting

Pautan Luar sunting