Mohd Murtadza Ahmad

mufti Negeri Sembilan (1987–2009)

Sahibus Samahah Dato' Syeikh Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad (5 Mei 1937 – 14 Mac 2017) ialah bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang berkhidmat dari 1987 hingga 2009. Beliau juga pernah menjadi syeikh tarekat bagi Tarekat Ahmadiah Idrisiah Rasyidiah Dandarawiah yang berdaftar di bawah Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan[1].

Dato' Syeikh Haji

Mohd Murtadza Ahmad

D.S.N.S.
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Dalam jawatan
Ogos 1987 – April 2009
Timbalan MuftiMohd Zaidi Ramli (2004-2009)
Didahului olehAbu Hasan Sail
Digantikan olehMohd Yusof Ahmad
Syeikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah
Dalam jawatan
1997–2017
Digantikan olehAl-Fadhil Ustaz Mohd Hasif Mohd Murtadza (2017 - Sekarang)
Butiran peribadi
Lahir(1937-05-05)5 Mei 1937
Rasah, Seremban, Negeri Sembilan
Meninggal dunia14 Mac 2017(2017-03-14) (umur 79)
Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan
Tempat persemadianTanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said, Seremban
PasanganLily Mohd Sidek
PekerjaanMufti, Syeikh Tarekat

Latar belakang sunting

Mohd Murtadza mendapat pendidikan awal di Sekolah Dato' Shahbandar, Rasah. Kemudian meneruskan pengajiannya di Madrasah Al-Khairiah, Singapura bersama bapa saudaranya Tuan Haji Abdul Rasyid, dan kemudian di Madrasah al-Attas Al-Arabiah, Johor Bahru hingga tahun 1956[2]. Pada tahun 1957, beliau melanjutkan pelajaran di Madrasah Al Mashoor, Pulau Pinang. Kemudian tahun 1961 beliau menyambung pengajiannya ke luar negara iaitu di Maahad al-Kaherah dan seterusnya menuntut di Universiti al-Azhar, Kaherah pada tahun 1967 hingga 1974.

Menjadi Mufti sunting

Beliau telah dilantik sebagai Mufti pada 1987 menggantikan penyandang sebelumnya, Dato Haji Abu Hasan Sail. Antara jasanya termasuk mewujudkan Enakmen Murtad pada 2004 dan Enakmen Tarekat Tasawuf pada 2007 yang menjadikan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sebagai negeri yang pertama mewujudkan kedua-dua enakmen ini yang turut menjadi contoh kepada negeri lain[3].

Meninggal dunia sunting

Mohd Murtadza meninggal dunia pada 14 Mac 2017 di Sendayan, Negeri Sembilan akibat sakit tua[3]. Beliau telah disemadikan di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said, Seremban[4].

Anugerah & pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran sunting

Anugerah ketokohan sunting

  • Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan - 2000
  • Tokoh Ulama sempena Sambutan 100 tahun Madrasah Al-Attas - 2011

Rujukan sunting

  1. ^ "PENGENALAN TAREKAT AHMADIAH AL-IDRISIAH AL-RASHIDIAH AL-DANDARAWIAH". Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. 22 April 2019. Dicapai pada 10 Disember 2021.
  2. ^ "Tokoh ulamak". Al-Ahmadiyyah Rasah. Oktober 6, 2011. Dicapai pada 10 Disember 2021.
  3. ^ a b Ziauddin Sharuddin (Mac 14, 2017). "Sheikh Mohd Murtadza meninggal dunia". BHarian. Dicapai pada 10 Disember 2021.
  4. ^ Siti Zulaikha Zubir Ahmad (Mac 15, 2017). "Bekas Mufti Kerajaan NS selamat dikebumi". BHarian. Dicapai pada 10 Disember 2021.