Datuk Seri Mohd Nardin Awang adalah bekas Setiausaha Politik Kanan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau telah lama berkhidmat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehinggalah bertugas di Pejabat Perdana Menteri pada tahun 2020 lalu selaku Setiausaha Politik Kanan dan dibantu oleh Saiful Adli Mohd Arshad dan Azlinda Abdul Latif sebagai Setiausaha Politik. Beliau mengangkat sumpah jawatan bersama 25 orang Setiausaha Politik bagi Kabinet Muhyiddin Yassin.[1]

Datuk Seri

Mohd Nardin Awang

PJN; SMW (Wilayah Persekutuan); DPMP (Perak); JMN
Setiausaha Politik Kanan
Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
24 April 2020 – 16 Ogos 2021
Berkhidmat dengan
Saiful Adli Mohd Arshad
Azlinda Abdul Latif
Setiausaha Politik
Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Pegawai Khas
Menteri Dalam Negeri Malaysia
Dalam jawatan
2018–2020
MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Setiausaha Politik
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
2013–2015
Timbalan
Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pegawai Khas
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
2009–2013
Timbalan
Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Setiausaha Politik
Menteri Pelajaran Malaysia
Dalam jawatan
2009–2011
MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Butiran peribadi
LahirMohd Nardin bin Awang
Parti politik BERSATU
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
PekerjaanAhli politik

Kerjaya sunting

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang perakaunan di Institut Teknologi MARA, beliau telah menyertai Nadi Holdings sebagai Eksekutif Pentadbiran, kemudian meneruskan khidmatnya di Sky Courier International and Pro-Active Solutions Sdn Bhd sebagai Pengurus Komersial dan Operasi.

Nardin kemudiannya menyertai perkhidmatan awam sebagai fasilitator dan jurulatih di Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1999 lalu.

Kerjaya Nardin mula naik selepas memulakan khidmat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bermula sebagai Setiausaha Politik Menteri Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri hinggalah kepada Setiausaha Politik Kanan.[2][3][4]

Politik sunting

Nardin telah membuat kunjungan hormat bersama Menteri Dalam Negeri Malaysia, Hamzah Zainudin terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin selepas bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman mendakwa sudah mempunyai jumlah majoriti untuk membentuk kerajaan baharu yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional.[5]

Anugerah sunting

Senarai darjah kebesaran yang diterima[6]

Rujukan sunting