Mohd Nasir Zakaria
Ustaz Mohd Nasir Zakaria adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Padang Terap, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.
Yang Berhormat Mohd Nasir Zakaria | |
---|---|
![]() | |
Anggota Parlimen untuk P7 Padang Terap, Kedah | |
Memegang jawatan 8 Mac 2008 | |
Didahului oleh | Datuk Ghazali Ibrahim (BN) |
Majoriti | 369 |
Butiran peribadi | |
Parti politik | ![]() |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Pendidikan sunting
Beliau memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Kg Belukar, kemudian ke Maktab Mahmud, dan menyambung ke KISAS. Beliau mendapat Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 2000.Menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Seterusnya, menyambung pelajaran dalam Sarjana dalam bidang Bisnes dan bergraduat dari UiTM pada 2004.
Politik sunting
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Paduka Ghazali Ibrahim dengan majoriti sebanyak 369 undi. Mohd Nasir Zakaria memperolehi 15,003 undi berbanding Datuk Paduka Ghazali Ibrahim memperolehi hanya 14,634 undi.