Mohd Nizar Najib
Mohamad Nizar bin Mohamad Najib (lahir 11 Mei 1978) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail sejak Disember 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi kawasan Peramu Jaya sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN.[1] Beliau juga merupakan anak kepada Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Nizar Najib | |
---|---|
نذار نجيب | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Pelaburan, Industri, Sains, Teknologi dan Inovasi : sejak 14 Disember 2022)[note 1] | |
Menyandang jawatan 2 Disember 2022 | |
Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Menteri Besar | Wan Rosdy Wan Ismail |
Didahului oleh | Wan Rosdy Wan Ismail (Pelaburan & Industri) Mohd Fakhruddin Mohd Ariff (Sains) |
Kawasan pilihan raya | Peramu Jaya |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Peramu Jaya | |
Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN–UMNO) |
Majoriti | 7,823 (2022) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohamad Nizar bin Mohamad Najib 11 Mei 1978 |
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) Pakatan Harapan (PH) (sekutu:sejak 2022) |
Ibu bapa |
|
Saudara | Nazifuddin Najib (adik) Abdul Razak Hussein (datuk) Rahah Noah (nenek) Nazir Razak (bapa saudara) Onn Hafiz Ghazi (sepupu kedua) Hussein Onn (datuk saudara) Suhailah Mohamed Noah (nenek saudara) Hishammuddin Hussein (bapa saudara; sepupu pertama sekali dikeluarkan) Mohamed Noah Omar (moyang lelaki) |
Tempat belajar | Universiti Nottingham |
Kerjaya politik
suntingBeliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan Jalan Daud, Zon Kampung Baru di Titiwangsa.[2]
Nizar merupakan Ketua Pemuda UMNO Pekan sejak tahun 2018.[3]
Beliau pernah disebut-sebut sebagai calon berpotensi Barisan Nasional bagi Pilihan raya kecil Chini 2020,[4] sebelum parti memutuskan untuk mencalonkan Mohd Sharim Md Zain. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022, selepas spekulasi bahawa beliau mungkin bertanding buat kali pertama di kawasan Pekan menggantikan bapanya yang baru dijatuhkan hukuman penjara, beliau sebaliknya telah dipilih oleh partinya untuk bertanding di kerusi negeri Peramu Jaya dalam Pilihan raya negeri Pahang 2022.[5][6] Beliau memenangi kerusi tersebut selepas menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 7,823 undi.
Dalam kerajaan campuran negeri Pahang antara BN dan Pakatan Harapan selepas pilihan raya 2022, Nizar telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang portfolio pelaburan, perindustrian, sains, teknologi dan inovasi.[7]
Kehidupan peribadi
suntingNizar ialah anak kepada Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak hasil perkahwinan pertamanya dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Beliau merupakan anak sulung daripada lima beradik, termasuk dua orang anak hasil perkahwinan Najib yang kedua dengan Rosmah Mansor. Adik lelakinya, Nazifuddin Najib, ialah seorang ahli perniagaan dan telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (OCM) sejak tahun 2018.
Beliau pernah bekerja sebagai perunding dan akauntan serta menetap di Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Pada tahun 2004, beliau berkahwin dengan Nur Sharmila Shaheen, anak kepada Ahli Exco Wanita UMNO, Allahyarhamah Maznah Hamid, dan dikurniakan lima orang anak.[8]
Pada 18 November 2020, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Nizar membayar tunggakan cukai berjumlah RM13.16 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bagi tempoh cukai dari tahun 2011.[9]
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | N21 Peramu Jaya | Mohamad Nizar Mohamad Najib (UMNO) | 19,337 | 57.63% | Abu Talib Mohamad (BERSATU) | 11,514 | 34.31% | 33,555 | 7,823 | 81.00% | ||
Tugimon Abdul Hamid (AMANAH) | 2,511 | 7.48% | ||||||||||
Tengku Zainul Hisham Tengku Hisham (BEBAS) | 193 | 0.58% |
Anugerah
sunting- Pahang :
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) - Dato' (2015)[11]
Nota
sunting- ^ Menerima portfolio 12 hari selepas mengangkat sumpah jawatan.
Rujukan
sunting- ^ "Keputusan | Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-15".
- ^ [1] Diarkibkan 21 Oktober 2008 di Wayback Machine, "Nizar Najib nak kenali UMNO dari bawah", Agenda Daily, 29 Oktober 2006.
- ^ Anak Najib menang Ketua Pemuda Pekan
- ^ "Support for Najib's son to join Chini by-election". The Star. 30 Mei 2020. Dicapai pada 27 November 2022.
- ^ "Najib's son Nizar to make electoral debut in Malaysia GE | the Straits Times". The Straits Times. 2 November 2022.
- ^ "In Pahang, Nizar is set to win state seat to carry on the Razak family's political legacy". 17 November 2022.
- ^ Ong Han Sean (14 Disember 2022). "Pahang exco members get their portfolios". The Star. Dicapai pada 19 Disember 2022.
- ^ ""Najib Menimbang Cucu Pertama"". Bernama Online. 23 September 2006. Dicapai pada 27 November 2022.
- ^ "Najib's son Nizar ordered to pay RM13m in owed taxes".
- ^ "Keputusan:Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-15". Astro Awani. Dicapai pada 27 November 2022.
- ^ Semakan Penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang