Mohd Noor Helmy Abdul Halem

YB Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem (lahir 8 Januari 1981) merupakan Timbalan EXCO Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka untuk kawasan Duyong sejak kemenangan beliau di Pilihan raya negeri Melaka 2021. Beliau juga pernah menjawat jawatan Ahli Majlis di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Beliau merupakan ahli bagi parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Melaka.


Mohd Noor Helmy Abdul Halem

محمد نور حلمي عبدالحالام
Mohd. Noor Helmy pada tahun 2021
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
(Sains, Teknologi, Inovasi, and Komunikasi Digital)
Timbalan EXCO
Memegang jawatan
6 April 2023
Yang di-Pertua NegeriMohd Ali Rustam
Ketua MenteriAb Rauf Yusoh
Ketua EXCOFairul Nizam Roslan
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Duyong
Memegang jawatan
20 November 2021
Didahului oleh Damian Yeo Shen Li
Majoriti200 (PRN 2021)
Parti Politik BN-UMNO
Ketua Penerangan UMNO
Bahagian Kota Melaka
Dalam jawatan
12 April 2023 – kini
PresidenAb Rauf Yusoh
Naib PresidenMohamad Ali Mohamad
Didahului olehDatuk Ashakir Abu Noor
Butiran peribadi
LahirMohd Noor Helmy bin Abdul Halem
(1981-01-08) 8 Januari 1981 (umur 43)
Melaka, Malaysia
Parti politik BN-UMNO
PasanganNoor Hidayah
Anak-anak4 orang
Alma materUniversiti Teknologi MARA
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Asia e University
(MBa)
PekerjaanAhli Politik, Ahli Perniagaan

Karier politik sunting

Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka sunting

Mohd Noor Helmy pada pilihan raya pertama kali bermula dengan menjadi calon Barisan Nasional bagi kerusi Duyong di Dewan Undangan Negeri Melaka semasa pilihan raya negeri Melaka ke-15. Mohd Noor Helmy membuat kejutan dalam pilihan raya dengan mengalahkan penyandang ADUN Damian Yeo Shen Li dengan majoriti kecil di mana kerusi itu telah disandang oleh DAP sejak 2013.[1] Beliau kemudiannya menjadi Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang merangkap portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital selepas rombakan kabinet negeri di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.[2]

Kerjaya dalam UMNO dan BN sunting

Mohd Noor Helmy telah memegang beberapa jawatan dalam BN dan UMNO di mana beliau adalah bekas Ketua Pemuda Kota Melaka. Beliau kini merupakan Ahli Jawatankuasa (EXCO/AJK) bahagian tersebut.[3]

Populariti sosial media sunting

Mohd Noor Helmy telah mendapat popularitinya dalam media sosial khususnya dalam Tiktok. Dia terkenal dengan sikap "turun padang" beliau di mana dia telah mengumpulkan hampir 900 ribu pengikut dan 18.4 juta "likes" dalam akaun Tiktoknya. Mohd Noor Helmy mempunyai pandangan yang tegar terhadap "PATI" atau pendatang asing tanpa izin, khususnya etnik Rohingya yang menetap di Malaysia tanpa dokumentasi yang betul.[4][5]

Lihat juga sunting

Pingat dan penghargaan sunting

Malaysia sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "'Helmy janji, Helmy jaga Duyong Kita'". Berita Harian. 17 November 2021. Dicapai pada 25 Ogos 2023.
  2. ^ "10 EXCO angkat sumpah, Kerajaan Perpaduan di Melaka". Berita Harian. 5 April 2023. Dicapai pada 25 August 2023.
  3. ^ "Tiada perebutan jawatan tertinggi UMNO Kota Melaka". Utusan Malaysia. 20 February 2023. Dicapai pada 25 August 2023.
  4. ^ "Macam mana Rohingya layak masuk universiti? – ADUN Duyong". Kosmo. 21 June 2023. Dicapai pada 25 August 2023.
  5. ^ "Terus hantar balik warga asing ditahan di depot – ADUN Duyong". The Merdeka Times. 21 August 2023. Dicapai pada 25 August 2023.
  6. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. Jabatan Perdana Menteri (JPM). Dicapai pada 25 August 2023.
  7. ^ Amir Mamat (24 August 2023). "KM Melaka dahului senarai penerima anugerah sempena sambutan hari lahir Yang di-Pertua Negeri". Harian Metro. Dicapai pada 25 August 2023.