Mohd Nor Farhan Muhammad

Mohd Nor Farhan bin Muhammad (lahir 19 Disember 1984) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini sudah bersara dari kancah bola sepak.Beliau mempunyai penyudah yang tajam,serta bijak mencari ruang untuk menjaringkan gol sehinngga diberi julukan Luis Suarez

Nor Farhan Muhammad
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Nor Farhan bin Muhammad
Ketinggian 1.73 m (5 ka ​8 18 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
BERSARA
Nombor 10
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2007 Terengganu 21 (8)
2007–2008 PDRM 24 (9)
2009–2010 Kelantan 52 (12)
2011 T–Team 22 (5)
2012–2013 Kelantan 43 (12)
2014 Terengganu 22 (5)
2015– Kelantan 37 (6)
2018D'AR Wanderers (pinjaman) 5 (5)
Pasukan kebangsaan
2006-2007
2006-
Malaysia B-23
Malaysia
09 0(0)
11 0(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 1 Ogos 2018

Sebelum ini, Farhan bermain untuk PDRM, T-Team dan Terengganu. Bersama Terengganu, Farhan muncul sebagai penjaring gol terbanyak dalam Piala Malaysia.

Pada 2006, Farhan membuat penampilan sulung bersama pasukan kebangsaan dalam perlawanan menentang Singapura pada 31 Mei 2006. Dia juga terpilih untuk mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia ke Sukan Asia 2006. Pada perlawanan pertama menentang Oman, Farhan menjaringkan gol sendiri.

Pada tahun 2007, Farhan diberi peluang untuk mewakili Malaysia ke Piala Asia 2007. Dia hanya bermain sebagai pemain gantian dalam dua penampilan. Selepas Piala Asia, dia membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 2007.

Pencapaian sunting

Tahun Pertandingan Pasukan Catatan
2009 Piala FA   Kelantan FA Naib Juara
Piala Malaysia   Kelantan FA Naib Juara
2010 Liga Super Malaysia   Kelantan FA Naib Juara (Format Liga)
Piala Malaysia   Kelantan FA Juara
2012 Piala Sumbangsih   Kelantan FA Naib Juara
Piala FA   Kelantan FA Juara
Liga Super Malaysia   Kelantan FA Juara (Format Liga)
Piala Malaysia   Kelantan FA Juara
2013 Piala Sumbangsih   Kelantan FA Naib Juara
Piala FA   Kelantan FA Juara
Piala Malaysia   Kelantan FA Naib Juara

Anugerah sunting

Nor Farhan menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 pada 11 November 2012. [1]

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan sunting

Musim Kategori
2013 Penyerang Terbaik[2]

Rujukan sunting

  1. ^ 9 pemain terima pingat sempena hari keputeraan Sultan Kelantan Diarkibkan 2012-11-14 di Wayback Machine, Sinar Harian, 11 November 2012
  2. ^ Piya paling bernilai, Harian Metro, 1 Disember 2013