Pierre Andre

Pelakon, pengarah dan penulis Malaysia
(Dilencongkan dari Mohd Pierre Andre)

Muhammad Pierre Andre Nazrul Andre (lahir 17 Mac 1985) merupakan seorang pelakon, pengarah, dan penulis Malaysia dan anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan dan abang kepada Mikail Andre. Memulakan kerjaya profesionalnya pada 2005, beliau membintangi filem pertamanya, Potret Mistik (2005) diikuti oleh beberapa filemnya yang lain termasuk Main-Main Cinta (2006) dan Jangan Pandang Belakang (2007). Pierre memulakan kerjaya pengarahannya pada 2007 menerusi filem pertamanya, 9 September.[1]

Pierre Andre
ڤيارري اندري
Pierre pada Februari 2008.
Kelahiran
Muhammad Pierre Andre bin Nazrul Andre

(1985-03-17) 17 Mac 1985 (umur 39)
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • penulis
  • YouTuber
  • selebriti internet
Tahun aktif2005–2016, 2020–kini
Karya
Lihat senarai penuh
PasanganSiti Nur Hidayah Hashim (k. 2013)
Anak-anak1
IbuKhatijah Tan
BapaNazrul Andre Abdullah
KeluargaMikail Andre (adik)
Maklumat YouTube
Saluran
Genre
Pelanggan267 ribu (digabungkan)
Jumlah tontonan20 juta
100,000 pelanggan 2020
Dikemaskini pada 2 Ogos 2023

Pada tahun 2012, beliau telah berhijrah ke arah islamik, dan aktif bersama Jemaah Tabligh untuk belajar lebih mendalam mengenai Islam, berdakwah dan bertabligh. Selepas filem terakhir arahannya, Kecoh! Primadona Kena Hantu ditayangkan pada 2016, Pierre mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon dan pengarah.[2]

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 17 Mac 1985 dan merupakan anak lelaki kepada pasangan Khatijah Tan dan suaminya, Nazarul Andre Abdullah. Memulakan kerjaya lakonan filem menerusi Cinta Fotokopi, beliau terus meniti perjalanan seninya dengan bernaung bawah MIG Talent.[3] Beliau terus memegang watak-watak utama dalam filem pada tahun 2005. Beliau mula menyerlah menerusi filem Salon dan Gol & Gincu. Kini, beliau masih aktif mengarah filem di bawah Metrowealth Movies Production. Adik beliau, Mikail turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Kerjaya sunting

2005–2007: Karya awal sunting

Peranan lakonan Pierre yang pertama pada 2005 menerusi filem Potret Mistik arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang mana Pierre merupakan pelakon tambahannya. Beliau seterusnya memegang watak pembantu dalam filem Cinta Fotokopi, juga arahan Prof. Madya Abdul Razak. Juga pada tahun yang sama, beliau muncul bersama Nur Fazura, Sazzy Falak dan Ashraf Sinclair menerusi filem sukan Gol & Gincu arahan Bernard Chauly. Pierre memegang watak sebagai Reza.

2006 menjadi penanda aras buat Pierre dalam kerjaya lakonannya apabila beliau menjayakan watak utama dalam filem drama romantik, Cinta arahan Kabir Bhatia bersama ramai pelakon termasuk Que Haidar, Sharifah Amani, Vanida Imran dan Rashidi Ishak. Beliau sekali lagi bekerja bersama Prof. Madya Abdul Razak menerusi filem Main-Main Cinta lakonan Adam AF2 dan Misha Omar. Beliau diberi kepercayaan oleh pelakon dan pengarah, Ahmad Idham bagi menulis skrip filem Jangan Pandang Belakang yang mana beliau merupakan pelakon utamanya sebagai Dharma bersama Intan Ladyana yang memegang watak dua beradik perempuan kembar. Filem ini ditayangkan pada 5 April 2007 dan merupakan kejayaan komersial, ia berjaya meraih kutipan sebanyak RM7.4 juta ringgit, sekaligus melayakkan Pierre memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20.[4][5] Beliau menjadi ahli barisan pelakon utama drama Dunia Baru di TV3 bersama-sama Elyana, Iqram Dinzly, Anne Ngasri, Baizura Kahar dan Ryzal Jaafar, Pierre memegang watak Adif dan mengulangi peranannya dalam filem susulannya.

2008–2012: Pengiktirafan meluas sunting

Bermula pada awal 2008, Pierre bersama Fazura, Que Haidar dan Sharifah Amani memulakan penggambaran bagi filem sulung arahan Yana Samsudin, Selamat Pagi Cinta, beliau menjayakan watak utama sebagai Ilham.

Bidang pengarahan beliau bermula apabila ditawarkan mengarah filem 9 September yang dibintangi oleh Fasha Sandha dan beliau sendiri, selepas kejayaan beliau menulis skrip Jangan Pandang Belakang.[6][7] Filem tersebut mendapat sambutan menggalakan dengan mengutip lebih RM 1 juta. Juga pada tahun yang sama, Pierre mengarahkan filem keduanya, I'm Not Single yang dibintangi oleh Farid Kamil, Intan Ladyana, Awal Ashaari dan Lisa Surihani.[8] Dengan langkah kanan, beliau terus mengarah filem keduanya dan pertamanya bagi genre seram bertajuk Jangan Tegur yang dibintangi oleh Julia Ziegler dan Rozita Che Wan.

Berikutan perselisihan faham antara beliau dan penerbit David Teo, Pierre meninggalkan Metrowealth Movies Production selepas mengarahkan filem Jangan Tegur yang merupakan filem terakhirnya bersama studio itu, beliau akan kembali bersama Metrowealth untuk projek seterusnya. Tawaran berlakon drama juga diterima oleh beliau, Pierre membintangi drama Cik Ah Cik Nin bersama Sherry Ibrahim, Puteri Fatin dan Syamsul Yusof.[9]

Pada 28 April 2011, Pierre mendaftarkan dirinya di Tayangan Unggul dan mengarahkan bersama Woo Ming Jin menerusi filem seram suspens Seru yang mana beliau mengarahkannya bagi bahagian lakonan manakala Ming Jin mengarahkan bahagian teknikal.[10] Pierre juga aktif mengarah drama televisyen, drama TV pertama arahannya ialah Ana Lulu[11] yang dibintangi oleh Nora Danish, berdasarkan daripada telefilem Lu’lu lakonan Yana Samsudin.

Selepas berjaya dengan Seru, projek kedua Pierre bersama Tayangan Unggul ialah filem drama romantik Aku, Kau & Dia yang berdasarkan daripada pengalamannya yang menghadapi kegagalan dalam percintaan.[12] Ia dibintangi oleh Zarina Jamalulail, Remy Ishak dan Pekin Ibrahim.[13][14][15] Ketika malam Anugerah Skrin 2012, beliau telah menerima Anugerah Yasmin Ahmad di majlis tersebut dan telah membuat ucapan dakwah dan menyebut kalimah syahadah di hadapan ribuan penonton dan peminat yang hadir.[16] Berbekalkan kemenangannya di Anugerah Skrin 2012, beliau muncul bersama dua filemnya—Chantek arahannya dan 3 Temujanji lakonannya bersama Yana Samsudin.

Selain filem-filem yang diarahkannya sendiri, Pierre juga menulis lakonlayar untuk filem lain, termasuk filem Langgar arahan sulung pelakon dan penyanyi Syed Hussein yang mana ia melalui proses penulisan skrip sebanyak 15 draf. Beliau pada mulanya mahu mengarahkan bersama filem ini, namun tidak dapat berbuat demikian kerana terikat dengan jadualnya yang padat. Filem itu ditayangkan pada 11 April 2013.[17]

2013: Kembali ke Metrowealth sunting

2013 membuka lembaran baru untuk Pierre apabila beliau kembali ke pangkuan majikannya, Metrowealth selepas hampir 3 tahun beliau dan David Teo tidak bertegur sapa. Dengan kepulangannya ke Metrowealth, beliau mengarahkan filem ketiganya bersama syarikat penerbitan itu, yang pertama dalam tempoh 3 tahun. Judul skrip filem itu ialah Cerita Kita yang merupakan filem ketujuh arahannya dan dibintangi oleh Yana Samsudin, Fezrul Khan dan Pekin Ibrahim.[18] Beliau seterusnya mengarahkan filem kelapannya dan yang pertama bagi genre aksi, 1 Lawan Satu yang bertemakan seni mempertahankan diri. Barisan pelakon terdiri daripada adik beliau sendiri, Mikail Andre, Azlan Komeng, Along Eyzendy dan Puteri Balqis.[19][20][21] Pada Mei 2013, beliau muncul sebagai tetamu undangan dalam musim pertama rancangan dokumentari keislaman, Salam Muslim di Astro Oasis sebanyak 3 episod, di mana beliau menceritakan pengalamannya berhijrah ke jalan Allah S.W.T dan isihatinya menjadi seorang Muslim yang taat.[22]

Pierre mengarahkan drama TV kedua arahannya, Dewi Lasak (tajuk asal Seri Dewi Lasak) lakonan Intan Ladyana, Bella Dally dan Atikah Suhaime, yang bersiaran di TV3.[23][24] Beliau kemudiannya membuat penampilan khas dalam filem Longkai arahan Hashim Rejab lakonan Faizal Hussein dan Erra Fazira. Mencari perubahan, Pierre mengarahkan filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang yang bergenre komedi Islamik lakonan kumpulan Shiro (Ajak Shiro dan Shahrol Shiro) dan penampilan khas Ustaz Azhar Idrus,[25] menariknya, beliau mengetengahkan sepenuhnya pelakon lelaki dan tiada pelakon wanita dalam filem ini.[26] Beliau kemudiannya mengarahkan filem seram suspens Highland Tower yang mana di difilemkan di tapak peninggalan pangsapuri Highland Towers, kesan daripada tragedi pada 11 Disember 1993 dan mengambil sedutan video liputan berita tragedi tersebut. Barisan pelakon terdiri daripada adik beliau, Mikail, Niezam Zaidi, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Atikah Suhaime.[27][28][29]

2014–2016: Kesinambungan kejayaan dan persaraan sunting

Pada 16 Januari 2014, Pierre mengarahkan filem Muka Surat Cinta yang pada mulanya menggunakan judul Perempuan Mukasurat Tujuh yang juga filem pendek arahannya. Filem ini juga buat julung kalinya menampilkan gabungan pelakon muda dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, ia dibintangi oleh Afiera Riana, Atikah Suhaime dan Nina Iskandar.[30][31] Kemudian beliau muncul pula dengan filem Sniper yang difilemkan di tapak peninggalan taman tema Mimaland di Gombak, Selangor dan pangsapuri Flat Pekeliling, ia dibintangi oleh Mikail Andre, Fadlan Hazim dan Pablo Amirul, dan ditayangkan pada 24 April 2014 hingga kejayaan komersial. Ia mengisahkan tentang Ahmad, seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat kerana masalah disiplin, Rafi yang merupakan atlet penembak tepat dan juga Jim. Mereka bertemu dalam satu permainan diberi nama “Bunuh” yang dicipta oleh seseorang yang tidak dikenali.[32][33]

Selepas Muka Surat Cinta dan Sniper, Pierre mengarahkan naskhah filem seram terbaru, Jin yang merupakan filem ketiganya bersama Empat Semudra Films selepas Al-Hijab dan Chantek, lakonan Zul Ariffin dan Mon Ryanti dan ditayangkan pada 21 Ogos 2014.[34] Lebih selesa menduduki kerusi pengarah, beliau mengarahkan buah tangan seterusnya Cerita Hantu Malaysia yang berkonsepkan omnibus menghimpunkan tiga cerita dalam satu filem, dengan barisan pelakon terdiri daripada pelakon pilihan beliau iaitu Kamal Adli, Leez Rosli, Kamarool Haji Yusoff, Wan Ellyas, Mikail Andre, Adam Shah dan Rahhim Omar. Menjadikan filem seram dari luar negara sebagai rujukannya, Pierre berkata, genre 'omnibus' ini begitu dikenali dalam penghasilan kebanyakan filem seram di Thailand. Beliau turut mengakui judul filem seramnya ini kerana yakin kebanyakan daripada masyarakat Melayu sering bercerita atau mendengar kisah berkaitan hantu.[35][36]

Filem beliau seterusnya, Kasut Ku Kusut yang ditayangkan pada 18 Disember 2014 telah memperlihatkan Pierre mencuba sisi baru dalam kerjaya filemnya, iaitu komedi. Portal berita Utusan Malaysia menyifatkan filem tersebut sebagai "penutup terbaik" bagi filem Metrowealth dan tidak hanya "menghunuskan elemen komedi semata-mata".[37] Filem ini menggandingkan pelakon Shaheizy Sam dan pelakon wanita Singapura, Atikah Suhaime.

Pada awal 2015, Pierre memulakan pra-penerbitan untuk filem ke-16 arahannya, Apartment. Filem ini mengisahkan tentang seorang penulis novel yang baru berpindah ke sebuah pangsapuri baru dan berhadapan dengan kejadian misteri. Ia dibintangi oleh Kamal Adli, Naqia Nasution dan Bil Azali dan ditayangkan pada 31 Disember 2015.[38]

Pierre mengarahkan filem terakhirnya, Kecoh! Primadona Kena Hantu yang ditayangkan pada 13 Oktober 2016.[39] Pada tahun sama, beliau menamatkan kerjayanya sebagai pelakon dan pengarah untuk memberi tumpuan kepada bidang lain.[2]

Kontroversi sunting

Pergeseran dengan David Teo sunting

Pergeseran antara beliau dengan penerbit, David Teo[40] berlaku apabila Teo menegur cara pengarahan beliau menerusi filem Jangan Tegur. Hal ini memberi sedikit gangguan kepada Pierre untuk mengarah filem. Selepas dari filem ini, beliau terus keluar dari MIG Talent dan mengikat kontrak dengan syarikat filem lain. Akibat daripada pergeseran tersebut, beliau digugurkan dari membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan wataknya digantikan dengan Shaheizy Sam.

Selepas hampir 3 tahun bermasam muka, akhirnya beliau berbaik semula dengan David Teo dan mengikat kontrak semula dangan MIG Talent. Beliau memohon maaf kepada David Teo atas kesilapan yang dilakukan oleh beliau. David menganggap teguran beliau atas dasar seorang bapa yang menegur anaknya[41].

Kehidupan peribadi sunting

Seperti beberapa selebriti Malaysia yang lain iaitu Iwan Dangdut, Syed Samudera, Yassin Yahya, Muhammad Radhi Razali dan ramai lagi, beliau telah berhijrah ke arah Islamik, dan kini aktif bersama Jemaah Tabligh untuk belajar lebih mendalami mengenai Islam, berdakwah dan bertabligh[42] di sekitar Taman Permata, Hulu Klang, Selangor.

Pierre berkahwin dengan Siti Nur Hidayah Hashim pada 23 Jun 2013. Pada Januari 2014, kandungan isterinya terpaksa digugurkan.[43][44] Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Yana Samsudin sekitar 2004 hingga 2007.[45][46]

Kolaborasi sunting

Kerjasama pelakon yang kerap (2 atau lebih filem)
Pelakon 9 September (2007) I'm Not Single (2008) Jangan Tegur (2009) Seru (2011) Al-Hijab (2011) Aku, Kau & Dia (2012) Chantek (2012) Cerita Kita (2013) 1 Lawan Satu (2013) Highland Tower (2013) Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang (2013) Muka Surat Cinta (2014) Sniper (2014) Jin (2014) Kasut Ku Kusut (2014) Cerita Hantu Malaysia (2014) Apartment (2015) Kecoh! Primadona Kena Hantu (2016) Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu (TBA) Jumlah
Adibah Yunus     2
Along Eyzendy           5
Atikah Suhaime       3
Awal Ashaari     2
Cat Farish     2
Harun Salim Bachik     2
Kamal Adli       3
Kazar Saisi     2
Kamarool Haji Yusoff       3
Khatijah Tan           5
Maimon Mutalib     2
Mikail Andre               7
Nisha Dirr     2
Nina Iskandar     2
Ruminah Sidek     2
Ruzaidi Abdul Rahman     2
Rahhim Omar     2
Pekin Ibrahim     2
Pablo Amirul     2
Shima Anuar     2
Yana Samsudin     2

Filemografi sunting

Sebagai pengarah
Tahun Tajuk Pengedar
2007 9 September Metrowealth Pictures
2008 I'm Not Single
2009 Jangan Tegur
2011 Seru Tayangan Unggul
Ana lu'lu Metrowealth Pictures
Al-Hijab Empat Samudera
2012 Aku, Kau & Dia Tayangan Unggul
Chantek Empat Samudera
2013 Cerita Kita Metrowealth Pictures
1 Lawan Satu
Highland Tower
Dewi Lasak
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang
2014 Muka Surat Cinta
Sniper
Jin
Kasut Ku Kusut
Cerita Hantu Malaysia Ram Entertainment
2015 Apartment Rainfilm Sdn. Bhd.
2016 Kecoh! Primadona Kena Hantu
TBA Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu Metrowealth Pictures

Anugerah dan pencalonan sunting

Nama majlis penganugerahan, tahun yang diserahkan, penama anugerah, kategori anugerah, dan hasil pencalonan
Anugerah Tahun Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian[a] 2007 Pelakon Filem Lelaki Popular Jangan Pandang Belakang Tercalon
Anugerah Skrin 2007 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Tercalon
2012 Anugerah Yasmin Ahmad Pierre Andre Menang
Festival Filem Malaysia 2006 Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Salon Tercalon
2007 Pelakon Lelaki terbaik Jangan Pandang Belakang Tercalon
2009 Pengarah Terbaik Jangan Tegur Tercalon

Catatan sunting

  1. ^ Pierre Andre telah diharamkan daripada menerima sebarang pencalonan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian selepas tahun 2009.

Rujukan sunting

  1. ^ Amirul Haswendy Ashari (4 Januari 2015).Pierre rela turun harga Harian Metro. Diperoleh pada 4 Januari 2015.
  2. ^ a b Najiy Jefri (21 September 2019). "Artis hilang dari 'radar'". Harian Metro. Dicapai pada 29 September 2019.
  3. ^ http://www.mwig.com/mig_pie.php
  4. ^ "Jangan Pandang Belakang made history Diarkibkan 2007-10-15 di Wayback Machine. artisglamer.fotopages.com. Retrieved 9 May 2007.
  5. ^ Wanda Idris (8 September 2006). Jangan Pandang Belakang filem seram penuh misteri Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 September 2012.
  6. ^ Khadijah Ibrahim (26 Oktober 2007). 9 September boleh dibaiki - Pierre Andre Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 September 2012.
  7. ^ Budiey (4 Jun 2007). Filem ke-2 Pierre Andre – 9 September Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 September 2012.
  8. ^ Shazryn Mohd Faizal (14 Julai 2008). I’m Not Single uji kematangan Pierre Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 September 2012.
  9. ^ 'Cik Ah Cik Nin' kisah 2 gadis lurus bendul dan kuat berangan mSTAR Online. 5 Oktober 2009.
  10. ^ Budiey (14 April 2011). "Sinopsis Trailer Poster FIlem SERU". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2014-09-18.
  11. ^ Budiey (1 Jun 2011). "Sinopsis Drama Ana Lu'Lu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2014-09-18.
  12. ^ "Aku, Kau dan Dia menyentuh perasaan". Sinar Harian. 29 Jun 2012. Dicapai pada 2014-09-18.
  13. ^ "Aku Kau & Dia karya terbaik Pierre Andre". Amy Ikram. 16 Jun 2012. Dicapai pada 2014-09-18.
  14. ^ Feride Himmet Atak (19 Jun 2012). "Pierre Andre Anggap Diri Lelaki Malang Kerana Cinta". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-14. Dicapai pada 2014-09-18.
  15. ^ Budiey (16 Jun 2012). "Aku Kau & Dia karya Pierre Andre". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2014-09-18.
  16. ^ http://www.bharian.com.my/articles/DiTelapakKakiBondamunculDramaTerbaikASK2012/Article/
  17. ^ Raziatul Hanum A. Rajak (4 April 2013). Langgar bukan filem aksi kosong Sinar Harian. Diperoleh pada 22 April 2013.
  18. ^ "Cerita Kita taruhan terbaru Pierre Andre". Sinar Harian. 9 Mac 2013. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
  19. ^ "1 Lawan Satu - filem aksi pertama Pierre Andre". Bro Framestone. 27 Jun 2013. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  20. ^ "Aksi 1 Lawan Satu". Kosmo!. 27 Jun 2013. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  21. ^ Nurrezatul Aqmar Mustaza (29 Jun 2013). "Satu Lawan Satu pertaruhan terbaru Pierre Andre". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-18. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  22. ^ http://www.waktusolat.net/norhaidatulazian.blogspot.com/2013/05/salam-muslim-astro-oasis.html
  23. ^ "Pertembungan Tiga Heroin Dalam 'Dewi Lasak'". mSTAR Online. 13 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-16. Dicapai pada 2014-09-18.
  24. ^ "Dewi lasak kini di Slot aksi". Sinar Harian. 15 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-16. Dicapai pada 2014-09-18.
  25. ^ "Pierre Andre jual nama Ustaz Azhar Idrus?". Sinar Harian. 10 Mac 2013. Dicapai pada 17 November 2013.
  26. ^ "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang". Cinema.com.my. Dicapai pada 23 November 2013.
  27. ^ Melati Pusaka (3 November 2013). "Filem 'Highlands Tower' tidak seram pun". Free Malaysia Today. Dicapai pada 17 November 2013. Ia merupakan tragedi runtuhan satu daripada tiga blok kondominium 12 tingkat yang juga pertama dan terburuk negara apabila mengorbankan 48 nyawa.
  28. ^ Syazwan Zakariah (7 November 2013). "'Amatur' yang tidak meyakinkan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-22. Dicapai pada 17 November 2013.
  29. ^ Aqmar Mustaza (2 November 2013). "Highland Tower buat anda 'meremang'..." Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-20. Dicapai pada 17 November 2013.
  30. ^ Aqmar Mustaza (18 Januari 2014). "Pencarian gadis misteri dalam Muka Surat Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Januari 2014.
  31. ^ "Buat kerja sia sia dalam "Muka Surat Cinta"". Free Malaysia Today. 8 Januari 2014. Dicapai pada 19 Januari 2014.
  32. ^ "Filem Sniper – Pierre Andre Taruh Pelakon Baru". Bro Framestone. 27 April 2014. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  33. ^ Nor Atieyah Yusoff (15 April 2014). "Sebalik misteri Sniper". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  34. ^ "Jin". Cinema.com.my. 21 Ogos 2014. Dicapai pada 21 Ogos 2014.
  35. ^ Ashraf Nasser (29 Disember 2014). "Pierre Andre harap "Cerita Hantu Malaysia" dapat kutipan 'box-office'". Yahoo!. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  36. ^ Norhayati Nordin (29 Disember 2014). "Selesa di belakang tabir". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-18. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  37. ^ Norhayati Nordin (2 Januari 2015). "Kasut Ku Kust penutup terbaik MIG". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  38. ^ Sebab perlu tonton filem seram "Apartment" Cinema Online (21 Disember 2015). Dicapai pada 13 April 2016.
  39. ^ Aqmar Mustaza (15 Oktober 2016). Pertaruh gandingan baharu dan lama Sinar Harian. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  40. ^ Mussaddad Mahdi (22 Mac 2009). "Kontroversi Jangan Tegur". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Mac 2014.
  41. ^ http://andyhowtt.com/david-teo-dan-pelakon-pierre-andre-berbaik/
  42. ^ "Pierre sudah lima bulan masuk tabligh". Kosmo!. 18 November 2012. Dicapai pada 20 November 2012.
  43. ^ "Kandungan isteri Pierre Andre terpaksa digugurkan". Utusan Malaysia. 14 Januari 2014. Dicapai pada 29 Mac 2014.
  44. ^ Kemalia Othman (21 Jun 2013). "Pierre Andre Berdebar Untuk Jadi Suami Ahad Ini". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-20. Dicapai pada 29 Mac 2014.
  45. ^ "Cerita Cinta Yana, Pierre". Kosmo!. 5 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-16. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  46. ^ "Profesional Pierre - Yana". Kosmo!. 7 Mei 2012. Dicapai pada 29 Mac 2014.

Pautan luar sunting