Mohd Ramly bin Abu Bakar

Laksamana Tan Sri Mohd Ramly bin Abu Bakar telah berkhidmat sebagai Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia yang kesebelas bermula pada 13 Ogos 2001 sehingga. Beliau merupakan antara Panglima TLDM yang paling terpelajar dalam sejarah angkatan laut itu.

Laksamana Tan Sri Mohd Ramly bin Abu Bakar
Kelahiran
Mohd Ramly bin Abu Bakar

(1948-06-25) 25 Jun 1948 (umur 74)
Warganegara Malaysia
Pendidikandiploma dalam sains politik dan ijazah sarjana dalam bidang kajian strategik dan hubungan antarabangsa.
Pusat pendidikanUniversity of Lancaster
Britannia Royal Naval College, England.
PekerjaanTentera laut
Terkenal keranaPanglima Tentera Laut Diraja Malaysia yang kesebelas
Kampung asalTampin
PangkatLaksamana Tan Sri
Anak-anakMuhammad Nasir Muhammad Nawawi

Detik awalSunting

Beliau dilahirkan pada 25 Jun 1948 di Tampin, Negeri Sembilan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Tunku Besar Tampin dan kemudiannya di Maktab Tentera Diraja. Beliau menyertai TLDM pada penghujung 1964 dan tahun berikutnya menjalani latihan di Britannia Royal Naval College, England.

KerjayaSunting

Tan Sri Mohd Ramly kembali ke tanahair pada tahun 1968. Pada 1970 beliau dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan menjadi pegawai senjata di kapal penyapu ranjau KD Ledang. Dua tahun kemudian beliau diberi kepercayaan menjadi pegawai laksana KD Serang. Pada tahun 1978 beliau telah mengikuti kursus staf di Naval War College, Amerika Syarikat yang merupakan satu lagi akademi tentera laut terkemuka. Beliau juga amat menitikberatkan pembelajaran dan telah melanjutkan pengajian di University of Lancaster dan meraih diploma dalam sains politik dan ijazah sarjana dalam bidang kajian strategik dan hubungan antarabangsa.

Pemerintahan beliau yang pertama ialah korvet KD Lekir pada 1984 dan tiga tahun kemudian beliau telah dinaikkan ke pangkat kepten. Pada tahun 1987 juga beliau telah mengetuai Pasukan Kajian Perolehan Helikopter. Sumbangan beliau dapat dilihat dengan tertubuhnya cawangan udara TLDM bermula dengan perolehan helikopter Westland Wasp. Tugasan flag yang pertama beliau ialah sebagai Asistan Ketua Staf KOMLEK, Markas Angkatan Tentera dengan terlantiknya beliau sebagai Laksamana Pertama pada November 1993. Pada 1 Januari 1996 beliau dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda dengan memegang jawatan sebagai Asistan Ketua Staf Perancang Pertahanan.

Pada 18 Disember 1998, beliau menjadi Panglima Armada TLDM dan Timbalan Panglima Tentera Laut pada 31 Disember tahun berikutnya. Berikutan penyelarasan pangkat dalam ATM beliau dinaikkan pangkat kepada Laksamana Madya pada Jun 2000 dan pada tahun 2001 menjadi Laksamana penuh dengan perlantikan sebagai Panglima Tentera Laut. Beliau memegang jawatan itu sehingga 12 Ogos 2003 dan digantikan oleh Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.


Penyandang Terdahulu Panglima Tentera Laut
13 Ogos 2001 – 12 Ogos 2003
Penyandang Kemudian
Laksamana Tan Sri Dato' Sri Abu Bakar bin Abdul Jamal Laksamana Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd Nor