Mohd Rauh Abu atau juga dikenali sebagai Aub atau Din Taring merupakan seorang pemuzik yang terkenal di Malaysia.

Mohd Rauh Abu
Kelahiran
Mohd Rauh Abu

1964
Meninggal dunia19 Disember 2014
Selangor
Sebab kematianbarah tulang
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn
WarganegaraMalaysia
Nama lainAub atau Din Taring
Pekerjaanpemain bass
Terkenal keranakumpulan Satira, Burnmarks, Baba, Manterra dan Barongan.
PasanganFaizah Ishak

Aub atau nama sebenarnya, Mohd Rauh Abu dianggap pemain gitar bass terbaik di era rock kapak hingga kini, dan pernah menganggotai kumpulan Satira, Burnmarks, Baba, Manterra dan Barongan. Dia cukup dihormati dalam industri seni tanah air, dan dikenali kerana disebabkan gayanya yang tersendiri.[1]

KerjayaSunting

Mohd Rauh Abu menganggotai kumpulan Satira yang ditubuhkan sekitar 1987, namun setelah tampil dengan dua album, anggota kumpulan ini membawa haluan masing-masing. Pada 2009, Satira kembali dengan anggota asal, tetapi Nan, Atoy dan Mie terpaksa menarik diri, kerana komitmen kerjaya dan juga keluarga.

Bertitik tolak dari situ, Aub dan Zul telah diserapkan untuk berpayung di bawah lembayung Satira dan pernah beraksi bersama dalam konsert kumpulan muzik heavy metal dari Jepun, Loudness sebagai aksi pembukaan bersama kumpulan Sofea dan Shewolves. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain bass lagenda negara.

Mohd Rauh atau Aub juga pernah membintangi filem ‘Aku Kaya The Movie’ bersama Bandi Amuk dan Stone. Selain itu, Aub juga sering mengiringi persembahan dan menjadi pemuzik bagi rakaman album beberapa artis tempatan.

Meninggal duniaSunting

Mohd Rauh Abu menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan pernah ditahan di wad selama sebulan kerana menghidap kanser tulang tahap empat.

Allahyarham Mohd Rauh Abu meninggal dunia di rumahnya kira-kira jam 3.45 petang 19 Disember 2014, akibat kanser tulang, dan meninggalkan balu serta lima anak, iaitu tiga lelaki dan dua perempuan. Aub yang berusia 50 tahun.

Jenazah disolatkan di Surau Al-Faizin, Taman Tun Perak, Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, selepas solat isyak.

RujukanSunting

Pautan luarSunting