Mohd Radzhi Salleh

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Mohd Razhi Salleh)

Yang Berhormat Mohammad Radzhi bin Salleh merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lunas, Kedah Darul Aman menjadi ADUN Bebas setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat. [1]Sebelum 26 Ogos 2009, beliau pernah menjadi Exco Negeri Kedah di dalam portfolio Pelancongan Dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 di atas tiket Parti Keadilan Rakyat mengalahkan calon dari Barisan Nasional Ananthan Somasundram dengan majoriti sebanyak 10,323 undi. Beliau memperolehi 17,836 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 7,513 undi.

Yang Berhormat

Mohammad Radzhi Salleh
Exco Pelancongan Dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia Kedah
Dalam jawatan
9 Mac 2008 – 26 Ogos 2009
Kawasan pilihan rayaSaifuddin Nasution Ismail
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – kini
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk N34 Lunas
Dalam jawatan
2008 – 5 Mei 2013
Didahului olehS Ganesan
Digantikan olehAzman Nasrudin
Majoriti10,323
Butiran peribadi
Parti politikUMNOUMNO (1987–2008)
Parti Keadilan Rakyat logo.svg (2008–2009)
BEBASBebas (2009–)
PekerjaanAhli Dewan Undangan Negeri

Keluar dari PKRSunting

Pada 26 Ogos 2009, beliau mengisytiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Menurut seorang seorang pembantunya, beliau keluar kerana pada dasarnya tidak berpuas hati akibat kekurangan dana sama ada peruntukan kerajaan negeri atau sumbangan parti itu untuk menjayakan program di kawasannya. Masalah berpuak-puak dalam parti turut menjadi punca beliau keluar. [2]


Lihat jugaSunting

RujukanSunting