Mohd Ruddin Abd Ghani

Datuk Prof Dr Mohd Ruddin Abd Ghani adalah bekas ahli parlimen Malaysia bagi kawasan P137 Bukit Katil, Melaka .

Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Menterinya ialah Datuk Dr Jamaluddin Jarjis.[1]

Sebelum menceburi politik, beliau adalah Rektor Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) selama 3 tahun. Pada 13 Mac 2004,beliau meletak jawatan dan bertanding di Bukit Katil. Pada ketika itu, Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mahukan calon yang berkelayakan tinggi. [2]

Politik sunting

Mohd Ruddin menang bertanding daloam Pilihan raya umum Malaysia 2004 di kawasan P137 Bukit Katil , Melaka dengan majoriti 27,252 undi. Beliau menjadi wakil rakyat selama sepenggal iaitu dari 2004-2008 sahaja.

Kawasan ini pernah disandang oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Ghafar Baba selama 10 penggal. Sebelum ini, Bukit Katil dan parlimen Tangga Batu adalah pecahan dari parlimen Batu Berendam. Pada 1999, Khalid Jaafar memenangi kawasan ini dengan majoriti 7105 undi.[3] Beliau pernah bertanding Ketua UMNO Bukit Katil tetapi ditewaskan oleh Ketua Menteri Melaka,Dato Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Selepas Mohd Ruddin , pada 2008 kawasan P137 Bukit Katil diwakili oleh Datuk Md. Sirat Abu yang menang atas tikel BN/UMNO (30,975) . Md Sirat menewaskan Khalid Jaafar (PKR) yang mendapat 29,217 undi .

Akademik sunting

Mohd Ruddin masih merupakan seorang ahli akademik yang berkaliber dan berjaya. Beliau masih aktif dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan penulisan serta khidmat masyarakat dan negara. Pada 2014, beliau telah memenangi anugerah emas ITex 2014 dan anugerah khas Brussel, Belgium (disumbangkan oleh Innova Brussel, Belgium).

Rujukan sunting

  1. ^ "Senarai penuh anggota Kabinet baru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-12. Dicapai pada 2012-01-24.
  2. ^ [library.utem.edu.my/index2.php?...doc... Mohd Ruddin jadi Setiausaha Parlimen]
  3. ^ Tun Ghafar's poser in Bukit Katil[pautan mati kekal]