Sabri Yunus
Mohd Sabri Yunus atau lebih dikenali Sabri Yunus (lahir 8 September 1961) ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara dan pengarah Malaysia.[1][2][3]
Sabri Yunus | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Sabri bin Yunus 8 September 1961 Pengkalan Chepa, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, pengacara, pengarah |
Tahun aktif | 1990–kini |
Pasangan | Norraya Mohd. Yusof |
Anak | 3 |
BiografiSunting
Beliau dilahirkan di kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 1961. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik. Beliau juga merupakan anak kepada ketua kampung (Tok Nghulu Yunus). Beliau berkahwin dengan Norraya Mohd. Yusof dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Saidi, Syamimi dan Syazni, tidak semua orang boleh menjadi pelawak. Sabri mula berlawak ketika di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, di mana dia pernah muncul sebagai juara lawak antara kelas. Sewaktu di bangku sekolah beliau amat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak itu. Beliau meminati lakonan Allahyarham S. Kadarisman yang mempunyai gaya tersendiri. Sebelum bergiat teater di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabri terlebih dahulu mengasah bakat sebagai pengarah ketika di tingkatan enam lagi. Ketika itu sambutan ulang tahun sekolah dan beliau tanpa pengalaman mengarah telah mengambil skrip teater Mayat dari Dewan Sastera untuk dipentaskan. Menjadi Otai Lawak bagi program Raja Lawak Astro pada 2007.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
1990 | Driving School | Othman Hafsham | ||
1992 | Wanita Bertudung Hitam | Dr. Mahadi J. Murat | Pengarah seni | |
1993 | Imigran | Daud | Nahar Akhbar Khan | |
1995 | Sayang Salmah | Dr. Mahadi J. Murat | Kemunculan Khas | |
1996 | Yes Tuan | Zulkeflee Said | ||
1999 | Jogho | Jali | U-Wei Hj Saari | |
2004 | Puteri Gunung Ledang | Sang Setia | Saw Teong Hin | |
2010 | Magika | Bendahara | Edry Abdul Halim | |
2011 | Kembar Siang | Pak Din Duda | Hatta Azad Khan | |
Libas | Hj Hasbullah Awang | Dato' Jurey Latiff Rosli | Pelakon undangan | |
2012 | Mael Lambong | Ketua Ejen | Ahmad Idham | |
Seram Sejuk | Azhari Zain | |||
Hantu Kapcai | Ghaz Abu Bakar | Kemunculan khas | ||
2013 | Kolumpo | Rahim | Bront Palarae, Sheikh Munazar, Rozi Isma |
|
2015 | Jejak Warriors | Atuk | Saw Teong Hin | Kemunculan Khas |
2016 | Dukun Doktor Dani | Dukun Sudin | Dirinya sendiri | Juga sebagai pengarah dan penulis skrip |
Hanyut | Mahmat | U-Wei Hj Shaari | ||
2018 | Hantu Kak Limah 3 | Ketua Kampung | Mamat Khalid | Pelakon undangan |
Crossroads: One, Two, Jaga: | Penjual | Nam Ron | ||
TBA | Buntat | Dirinya sendiri | Pasca-produksi, Juga sebagai pengarah dan penulis skrip |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2002 | Komik | Samad | ||
2011 | Wangi Setanggi | Astro Oasis | ||
Sanggul Beracun | — | Astro Citra | Juga sebagai pengarah dan penulis skrip | |
Drogba & Rooney | Astro Prima | |||
2012 | Sorok Bau Budu | |||
Kampung Semerah Padi | Penghulu Siak | TV1 | ||
2014 | Nasi Dagang Nasi Ayam | |||
2016 | FB Mak | |||
Karya 12: Wau Kasih | Astro Mustika HD | Sebagai penolong pengarah | ||
2017 | Mengharap Sebuah Keredhaan | — | TV9 | Pengarah |
16 Puasa | Abe Li | Astro First Ekslusif | ||
Che Pa | — | Astro Mustika HD | Pengarah dan penulis skrip | |
Ali | Pak Iki | TV3 | ||
Kembalikan Syawalku | Pak Jamil | Astro Mustika HD | ||
Kita Bukan Anjing | Pengarah dan penulis skrip | |||
2018 | Pok Ya Cong Codei | Pok Ya | Pengarah dan penulis skrip | |
Kebaya Mek Hwa | — | TV3 | Pengarah dan penulis skrip | |
Kampung Kuala Lambat | Dewa | Astro Mustika HD | ||
Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati | Pok Ya | Pengarah dan penulis skrip |
TeaterSunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
Wangi Jadi Saksi | |
Patah Sayap Terbang Jua | |
2007 | Raja Lawak |
Tok Selampit | |
Matinya Seorang Pahlawan | |
London | |
Pentas Opera | |
Cindai | |
Menunggu Kata Dari Tuhan |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1992-2004 | Pi Mai Pi Mai Tang Tu | Wan Ismail Golok | TV3 | |
1990 | Camni Cantu | TV1 | ||
2+1 | ||||
2007 | Salam Pantai Timur | TV1 | ||
Nik & Nani | ||||
2009 | Angguk-Angguk Geleng-Geleng | Zakaria | TV2 | |
2011 | Moh Ke Kafe Kita | Pak Itam | TV3 | |
2012 | Karoot Komedia | Tukang Karut | Astro Warna | |
2012-15 | Karoot Komedia X | Astro Mustika HD | ||
2018 | Panggung Karoot Pok Ya | Pok Ya | Astro Warna |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Di Balik Tawa (musim 1) | Dirinya sendiri | Astro Warna |
DiskografiSunting
Album studioSunting
Sabri dan rakan pelawak Ahmad Busu pernah bergandingan pada tahun 1992 merakamkan album istimewa sempena perayaan Aidilfitri yang serentak dengan sambutan Tahun Baru Cina. Album yang diberi judul Jangan Mercun! Kongsi, Kongsi, Kongsilah" menampilkan 10 lagu baru dan duo ini popular dengan lagu Kisah Seorang Bujang.
Runut
- Kongsi, Kongsi, Kongsilah (2:40)
- Jangan Main Mercun (4:00)
- Dikir Raya (4:14)
- Kisah Seorang Bujang (4:30)
- Sketsa Malam Raya (2:00)
- Raya Sakan (4:25)
- Jom-jom Balik (1:50)
- Selamat Hari Raya (4:14)
- Halalkan (4:30)
- Anak Bulan (3:00)