Mohd Sarit Yusoh

(Dilencongkan dari Mohd Sarit bin Haji Yusoh)

YH Dato' Sri Haji Mohd Sarit bin Haji Yusoh dilahirkan di Temerloh, Pahang. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Durian Tawar, Sekolah Kebangsaan Menengah Abu Bakar (Abu Bakar Schools, ABS) di Temerloh. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat A Level di SABKL (Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur) Beliau melanjutkan pendidikan di Universiti Malaya dan meraih Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Ekonomi ( Bachelor of Economics (Hons) ) pada tahun 1975 dan Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama (Master of Economics) dari University of the Philippines Diliman (UP Diliman) pada tahun 1977 dibawah biasiswa foundasi Rockefeller (under The Rockefeller Foundation scholarship) Sewaktu di sana, Beliau merupakan salah satu pemenang (3 pemenang) anugerah Three Most Outstanding International Students, dimana Beliau mewakili University of Philippines, dan anugerah ini diiktiraf dan dianjurkan oleh Kerajaan Filipina pada waktu itu, pada tahun 1976.

YH Dato' Sri Haji

Mohd Sarit Yusoh

SSAP, DSAP, DIMP
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Temerloh
Dalam jawatan
1999–2008
Didahului olehSabbaruddin Chik
Digantikan olehSaifuddin Abdullah
Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang
untuk Semantan
Dalam jawatan
1990–1999
Didahului olehAbdullah Mohamed
Digantikan olehIdris Omar
Butiran peribadi
Parti politik BN-UMNO
KediamanKuala Lumpur, Malaysia

Pada tahun 1975 beliau berkhidmat sebagai Pegawai di Kementerian Kewangan sebelum meneruskan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana (Masters degree) dalam bidang Ekonomi di UP Diliman dan sekembalinya dari Philippines, pada tahun 1977, beliau menjadi Project Management Executive dan Marketing Executive di PETRONAS dan kemudiannya dari tahun 1981 beliau berkhidmat sebagai Senior General Manager di PERNAS dibawah didikan Yang Mulia Tunku Tan Sri Dato' Shahriman. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pendidikan dari tahun 1986 hingga 1990.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN bagi Kawasan Semantan dari tahun 1990 untuk dua penggal (iaitu Pilihan Raya Umum ke- 8 dan 9 / Ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen Malaysia ke-8 dan 9) juga Ketua Pemuda UMNO Temerloh, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, kemudiannya Ahli Parlimen dari tahun 1999 dan Ketua Bahagian UMNO (hingga 2009/10) bagi kawasan Temerloh untuk dua penggal juga ( iaitu Pilihan Raya Umum ke-10 dan 11 / Ahli Dewan Rakyat Malaysia ke-10 dan 11) hingga tahun 2008. Kepakaran beliau di Parlimen adalah dalam bidang Ekonomi sepanjang perjalanan politik beliau, di mana beliau sering mewakili sebagai penasihat YB Menteri menyertai delegasi W.T.O (Doha Rounds) semasa di Parlimen. Beliau juga sering menjadi penasihat hal ehwal Ekonomi sepanjang perjalanan karier beliau sebagai wakil rakyat.

Beliau juga berkecimpung dalam bidang korporat dimana beliau merupakan Pengerusi Eksekutif (Executive Chairman/Owner) KFC Holdings (M) Bhd.[1] dari tahun 1993 yang merangkumi rangkaian syarikat "fast food" ternama seperti KFC, Pizza Hut, Taste Buds, dan Ayamas, juga Pengerusi Eksekutif bagi Syarikat Ayamas Food Corporation Bhd. Beliau juga kemudiannya berkongsi syarikat pizza Shakey's dan Domino's Pizza bersama bekas Managing Director KFCH Dato' George Ting.[2]


"Beliau memegang jawatan pengerusi serta ahli lembaga pengarah beberapa syarikat awam serta beberapa syarikat sendirian berhad yang lain."


"Entiti korporat beliau yang lain termasuk Wembley Industries Holdings Bhd., Leader Mutiara Sdn Bhd, Grand Synergy Sdn Bhd, Roaster's Chicken Sdn Bhd, Mid Valley City Sdn Bhd, Ayamas Food Corporation Bhd, Mezzanine Two Thousand Ventures Bhd,

Grand Care Sdn Bhd, Grand Ultimate Sdn Bhd, Goh Ban Huat Bhd, Malayawata Steel Bhd dan Khee San Bhd.

Beliau memiliki saham di dalam 14 syarikat, termasuk Pangkal Melati Sdn Bhd , Leader Mutiara Sdn Bhd, Grand Ultimate, Grand Care Sdn Bhd, Kemudi Bangsawan Sdn Bhd dan IQSS Holdings Sdn Bhd.

Ahli politik dan perniagaan sewaktu berumur 37 tahun itu mendapat perhatian apabila beliau menjadi salah seorang yang terbabit dalam perebutan KFC Holdings (M) Bhd."

Beliau juga merupakan Chairman/Pengerusi dan Non Executive Director Kurnia Setia Berhad dan Pengerusi/Chairman Kwantas Corp Bhd dari tahun 1995 - 2012 dan juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Mid Valley City Sdn Bhd. Juga Executive Chairman Goh Ban Huat Bhd dari tahun 1994 ke 2009, Executive Chairman Khee San Bhd dari tahun 1996 ke 2007.

Di Negeri Pahang, Beliau bukan sahaja berkecimpung dalam bidang Politik tapi juga dalam bidang Korporat di mana beliau memegang jawatan Pengerusi Non Eksekutif ataupun Non Executive Non Independent Chairman bagi Syarikat Kurnia Setia Bhd dari tahun 1991 - July 2011 dan juga Ahli Lembaga Pengarah Rangkaian Delima Sdn. Bhd. dan LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN PERTANIAN NEGERI PAHANG (LKPP)

Dalam bidang kebajikan pula, bersama isteri beliau, Yang Berbahagia Datin Sri Dato' Dr. Fadzilah Muhammad Ali, banyak inisiatif melalui kapasiti peribadi, yang diperkenalkan demi membantu golongan yang memerlukan,termasuklah golongan Komuniti Orang Asli, melalui proses membaik pulih sistem pendidikan dan prasarana Sekolah-sekolah Tahfiz, juga Sekolah Kebangsaan pedalaman, juga sekolah Cina dan Tamil yang menjadi salah satu elemen penting perjuangan politik beliau agar hak pendidikan semua tidak kira agama dan bangsa dipelihara, golongan OKU juga diutamakan namun, objektif yang diutamakan sekali adalah untuk membantu golongan asnaf yang dibelenggu kemiskinan, justeru, rumah anak yatim, Rumah Bakti Semantan yang telah beliau tubuhkan aktif beroperasi di Temerloh dari tahun 1991 - 2007 dan ini adalah usaha yang masih dikenang sehingga hari ini.

Selain itu, pada tahun 2002 dengan bertujuan untuk menyuntik semangat dan mendorong golongan anak muda di Temerloh untuk giat bersukan, Beliau telah menubuhkan Temerloh United, di mana bakat bakat yang terserlah di Temerloh akan dilatih dan pasukan bola sepak ini sering berantap dengan pasukan bola sepak dari negeri dan kelab bola sepak lain di Stadium Temerloh dan juga di negeri-negeri lain.

Beliau dikurniakan Darjah Kebesaran Indera Mahkota (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato' pada tahun 1990, Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P) yang membawa gelaran yang sama pada tahun 1998, di Istana Abu Bakar, Pekan dan Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Dato' Sri di Istana Sri Pahang, Kuala Lumpur pada tahun 2015.

Selain itu, beliau juga merupakan bekas Pengerusi Kolej Teknologi Timur (Chairman/owner)

Kini, Beliau masih memegang jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan PM Melati Sdn Bhd. (sejak tahun 1995)

Beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil dari perkahwinan bersama YBhg Datin Sri Dato’ Dr. Fadzilah (Timb Pengerusi Kumpulan PM Melati Sdn. Bhd) iaitu Haji Azril Rizal (Naib Ketua Pemuda UMNO Pahang, Ketua Pemuda UMNO Temerloh, Naib Ketua Bahagian UMNO Temerloh, Usahawan), Razman (Jurutera ) dan Intan Amalina ( Peguam / Mediator )

dan Beliau juga dikurniakan enam orang cucu.

Pusat Khidmat Masyarakat sunting

Alamat : Pusat Khidmat Temerloh,

Parlimen Temerloh,

Bangunan Umno Bhg Temerloh,

Jalan Zabidin,28400 Mentakab, Pahang

TEL : 09-2770141 / 2774141 (P)

Rujukan sunting