Mohd Sayuti Omar merupakan penulis dan penganalisis politik semasa di Malaysia terutama politik Kelantan. [1][2][3]

Akhbar SiasahSunting

Sayuti Omar merupakan pemilik ahkbar politik mingguan Siasah. [4], [5] Akhbar ini sejak 1998 sudah dilihat cenderung kepada Anwar Ibrahim.[6] Operasi akhbar Siasah ini terletak di pejabat Harakah, Jalan Pahang Barat,Kuala Lumpur.

Mulai 1 Julai 2012, Sayuti telah melepaskan siasah sepenuhnya kepada Siasah Sdn Bhd yang beralamat di Taman Tun Dr Ismail Kuala lumpur.

http://msomelayu.blogspot.com/2012/07/siasah-tidak-lagi-milik-saya.html

http://www.siasah.com.my/

https://www.facebook.com/siasahnews.andrew

Anwar Ibrahim: Mimpi & RealitiSunting

Buku tulisan beliau bertajuk Anwar Ibrahim: Mimpi & Realiti, terbitan Tinta Merah, 1990 mencetuskan kontroversi buat beberapa ketika.Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; nama-nama tidak sah, misalnya terlalu banyak Beliau dikatakan pernah menjadi pengikut Darul Arqam pimpinan Ustaz Ashaari Muhammad


Buku ini dihasilkan pada 1990 yang mengkritik teruk Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Malaysia. Buku ini dikatakan diedarkan secara percuma dalam Perhimpunan Agung UMNO 1990 di PWTC, Kuala Lumpur. Datuk Seri Sanusi Junid , Anwar Ibrahim, Abdullah Ahmad Badawi berusaha merebut jawatan Naib Presiden UMNO sementara Wan Mokhtar Ahmad mempertahankan jawatan yang diwarisi dari kemenangan Umno (lama) 1987.

Anwar Ibrahim dikaitkan dengan pemecatan lapan orang siswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana kesalahan mereka memakai purdah. Pihak Universiti Malaya menggunakan polis untuk menangkap dua orang pemimpin pelajarnya yang dikatakan mengetuai demonstrasi membantah konsert Sheila Majid, di bawah ISA .Konsert Sheila Majid hendak dilangsungkan di hadapan Dewan Tunku Canselor,Universiti Malaya pada 10 September 1989.Kira-kira 20 orang ditangkap dan sebahagian besar yang lain didakwa di hadapan mahkamah universiti. Mereka didenda lebih RM7,000 oleh pihak universiti. Ketika itu Naib Canselor Universiti Malaya ialah Dr Syed Hussein Alatas.

Anwar juga membela DP Vijandran yang didakwa terlibat dengan video lucah.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dikatakan sebagai Universiti ABIM. Sementara Biro Tata Negara digunakan sebagai memprojekkan Anwar.[7]

Saman dari Zaid IbrahimSunting

Pada 20 Januari 2012, Sayuti Omar berhadapan saman RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim.Akhbar Buletin Rakyat pada 1 November 2011 .Artikel bertajuk ‘Zaid terus hanyut dalam keegoannya’ hasil tulisan Sayuti Omar disiar dalam akhbar dwi-mingguan Buletin Rakyat .Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof dan peguam, Nizam Bashir yang mewakili Zaid dan peguam , setuju kes itu diselesaikan di luar mahkamah. Sayuti Omar selaku penulis artikel, pengarang akhbar, Norzah Kepol dan Kantung Network Sdn. Bhd.(penerbit dan pemilik akhbar) bersetuju memohon maaf ; membayar RM1,000 kepada Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan ; dan menyiarkan iklan memohon maaf di muka depan akhbar Buletin Rakyat selepas Tahun Baru Cina 2012. .[8]

Hasil tulisanSunting

  • Rahsia Ustaz Ashaari terbongkar di luar negeri (1989)
  • Merdeka kedua (1990)
  • Anwar Ibrahim: mimpi & realiti (1990)
  • Kelantan selepas pantang (1991)
  • Tradisi & tragedi: dalam perhimpunan agung UMNO 1993? (1993)
  • Mujaddid alam Melayu: harapan dan impian Darul Arqam (1993)
  • Hikayat Tok Guru dan tiga Abdul (2000)
  • Anwar come back: gelombang reformasi ke dua (2004)
  • Hitam putih Darul Arqam: realiti disebalik pengharaman (2004)

RujukanSunting