Mohd Shamrin Abdul Samad

Mohd Shamrin Abdul Samad (15 September 1965 – 11 November 2010) atau Shamrin yang berasal dari Kajang, Selangor merupakan bekas vokalis kumpulan rock terkenal Malaysia era 80-an dan 90-an iaitu Kumpulan Fotograf.[1]

Shamrin Fotograf
Kelahiran
Mohd Shamrin Abdul Samad

(1965-09-15)15 September 1965
Meninggal dunia11 November 2010(2010-11-11) (umur 45)
Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung
PekerjaanPenyanyi
Kerjaya muzik
GenreRock
InstrumenVokal
Tahun aktif1988–2010
Pengkarya berkait
Fotograf

Kerjaya nyanyian sunting

Album pertama berjudul Iramanya Menggetar dihasilkan pada tahun 1989. Selepas kejayaan album itu kumpulan Fotograf itu menghasilkan lima buah album penuh iaitu 7:30 Psikosis (1990), Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Kumpulan Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.

Antara lagu yang mempopularkan mereka ialah Nafas Kekasih, Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.

Kematian sunting

Beliau dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang. Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 November 2010, di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, ketika berusia 45 tahun.[2]

Diskografi sunting

Album Bersama Fotograf sunting
  1. Iramanya Menggetarkan (1989)
  2. 7:30 Psikosis (1990)
  3. Fotograf 92 (1992)
  4. Fantasi (1994)
  5. Fokus (1995)
  6. Juara Mimpi (1997)
Album Solo sunting
  1. S.H.A.M.R.I.N (2002)
Album Kompilasi sunting
  1. The Best of Me (2005)
Lagu-Lagu Lain sunting
  1. Bahtera Kenangan - Pesona V-Rama Cinta (2002)
  2. Kembara Dunia - The Best of Me (2005)
  3. Temple of the King - Classic Rock (2005)
  4. Soldier of Fortune - Classic Rock (2005)
  5. To Be With You - Classic Rock (2005)
  6. Sinar (Duet bersama Mus) - Semangat Zaman II (2006)
  7. Sesuci Cinta - Semangat Zaman II (2006)
  8. Di Alam Fana Cinta (Duet bersama Rahmad) - Semangat Zaman II (2006)
  9. Tangisan Di Gelanggang Fana (Pelbagai artis) - Tangisan Di Gelanggang Fana (2007)
  10. Aku Insan Sepertimu - Tangisan Di Gelanggang Fana (2007)
  11. Blaze of Glory - Classic Rock 2 (2007)
  12. Never Say Goodbye - Classic Rock 2 (2007)
  13. Always - Classic Rock 2 (2007)
  14. Kamu Aku Satu (Duet bersama Farah Asyikin) - Single (2010)

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-25. Dicapai pada 2014-10-25.
  2. ^ SOROTAN 2010 : Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa, Oleh KEMALIA OTHMAN[pautan mati kekal]