Mohd Shamsudin Lias

Yang Berhormat Dato' Mohd Shamsudin bin Lias merupakan ahli Dewan Negeri Selangor bagi kerusi Sungai Burong, Tanjung Karang.

Yang Berhormat Dato'

Mohd Shamsudin Lias

DPMS (Selangor); JSM
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Sungai Burong
Dalam jawatan
2004 – kini
Didahului olehHasan Mohd Ali[1]
Butiran peribadi
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PekerjaanAhli politik

Kehidupan PeribadiSunting

Mohd Shamsudin berusia 55 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Beliau kini tinggal bersama keluarganya di Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.[2].

PendidikanSunting

Mohd Shamsudin mempunyai Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Syracuse di New York State, Amerika Syarikat.[3].

Pengerusi PACSunting

Mohd Shamsudin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) walaupun negeri Selangor dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan Mohd Shamsudin adalah ahli UMNO dan Barisan Nasional.[4] Mohd Shamsudin telah dipuji oleh Pakatan Rakyat iaitu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Khalid berkata bahawa "Mohd Shamsudin adalah orang yang bagus kerana dia mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negeri memandangkan pengalaman beliau sebagai seorang bekas pegawai daerah.[5]

ADUNSunting

Sebagai seorang ahli Dewan Negeri Selangor, Mohd Shamsudin juga telah memegang jawatan sebagai ketua pembangkang Selangor menggantikan Datuk Mohd Satim Diman pada bulan Jun 2013[6] sehingga Disember 2014[7].

RujukanSunting

Pautan luarSunting