Mohd Sharim Md Zain
YB Tuan Mohd Sharim bin Md Zain (lahir 13 Mac 1979) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Chini.
Yang Berhormat Tuan Mohd Sharim bin Md Zain | |
---|---|
محمد شريم بن مد زين | |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Chini | |
Menyandang jawatan 4 Julai 2020 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 2,125 (PRU-15) 12,650 (2020) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Chini, Pekan, Pahang | 13 Mac 1979
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Norhiliyana Abd Hamid |
Anak | 5 |
Pendidikan | SPM |
Tempat belajar | Sekolah Menengah Kebangsaan Chini |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Usahawan |
Kerjaya politik
suntingBeliau menyertai UMNO dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pendahulunya, Abu Bakar Harun yang merupakan ADUN Chini.[1]
Beliau kini memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Pekan dan juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Felda Chini 3.
Pilihan raya kecil Chini 2020
suntingPada 4 Julai 2020, Mohd Sharim bertanding untuk merebut jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada pilihan raya kecil Chini berikutan kematian penyandangnya Dato' Sri Hj Abu Bakar Harun dari UMNO. Allahyarham telah menjadi ADUN Chini sejak 2004.[2]
Pada 18 Jun, Barisan Nasional memutuskan untuk mencalonkan Mohd Sharim, yang merupakan generasi kedua FELDA Chini sebagai calon untuk pilihan raya kecil itu.[3]Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Wilayah Kuantan dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan.
https://www.facebook.com/sharimmdzain2020
Beliau mememangi pilihan raya kecil itu dengan undian sebanyak 13,872 menewaskan dua calon bebas iaitu Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, bekas Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pekan (1,222) dan Mohd Shukri Mohd Ramli aktivis sosial (137) dengan majoriti besar 12,650.[4]
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Jumlah undi | Majoriti | Peratusan keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2020 | N23 Chini, P085 Pekan | Mohd Sharim Md Zain (UMNO) | 13,872 | 91.08% | Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (BEBAS) | 1,222 | 8.02% | 15,270 | 12,650 | 73.87% | ||
Mohd Shukri Mohd Ramli (BEBAS) | 137 | 0.90% |
Rujukan
sunting- ^ Abdul Razak Raaf (18 Jun 2020). "Pengerusi Majlis Belia FELDA Kuantan calon BN PRK DUN Chini". Berita Harian. Dicapai pada 18 Jun 2020.
- ^ "ADUN Chini meninggal dunia" (dalam bahasa Inggeris). Sinar Harian. 15 Mei 2020. Dicapai pada 15 Mei 2020.
- ^ Arfa Yunus (18 Jun 2020). "BN rests hope on Felda settler to retain Chini" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 18 Jun 2020.
- ^ "BN's Sharim vs 2 independents in Chini by-election" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 20 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-08. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mei 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pengundi.