Mohd Syahril bin Abdul Khalid

Mohd Syahril bin Abdul Khalid yang lebih dikenali sebagai Syahril Inteam merupakan salah seorang anggota kumpulan Inteam bersama tiga anggota lain iaitu Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim. Beliau merupakan penyanyi utama dan juga ketua kumpulan In-Team. Beliau juga merupakan salah seorang penyanyi nasyid yang sangat dikenali orang ramai kerana kemantapan vokalnya dalam hampir setiap lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ini, antaranya Kasih Kekasih, Impian Kasih, Damba Kasih, Setanggi Syurga dan lagunya yang paling berhantu iaitu Nur Kasih. Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1980 dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.[1]

Syah Inteam
Kelahiran
Mohd Syahril bin Abdul Khalid

(1980-03-25) 25 Mac 1980 (umur 44)
Nama lainSyah, Along
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, usahawan
Tahun aktif1998–kini
PasanganNuur Asy-Syahidah Zainal Abidin (k. 2005)
Anak-anakMuhammad Solahuddin
Muhammad Saifuddin
Muhammad Mustafa
Kerjaya muzik
GenreNasyid
Syarikat rakaman
Hijjaz Records (2000-2005)
Inteam Records (2005-kini)
Pengkarya berkait
Inteam
Laman web rasmihttps://facebook.com/syahinteam
https://instagram.com/syahinteam

Selain menyanyi, beliau juga berbakat dalam mencipta lagu serta menulis lirik dan salah satu lagu ciptaannya telah dimuatkan dalam album Iman & Aman yang diterbitkan pada tahun 2013 iaitu lagu Iftar. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya yang bernama Nuur Asy-Syahidah pada tahun 2005. Hasil perkahwinan tersebut, Syah dan isterinya dikurniakan 3 orang anak lelaki masing-masing bernama Muhammad Solahuddin, Muhammad Saifuddin dan Muhammad Mustafa.

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan King George V, Seremban (1987-1992), sebelum memasuki Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (1993-1997).

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Kejuruteraan Automatif.

Rujukan sunting