Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali

Tan Sri Dato' Seri DiRaja Mohammad Tajol Rosli bin Tan Sri Haji Mohamed Ghazali (lahir 6 November 1946) merupakan bekas Menteri Besar Perak. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak pada 3 Disember 1999 hingga 10 Mac 2008. Beliau adalah Adun Pengkalan Hulu (Kroh).

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri DiRaja

Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali

PSM; SPSA (Perak); DGSM (Melaka); SPMP, DPMP, AMP (Perak)
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Pengkalan Hulu
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului oleh Ibrahim Mohd Hanafiah
Digantikan oleh Aznel Ibrahim
Majoriti4,645 (PRU-12)
Menteri Besar Perak ke-9
Dalam jawatan
1999–2008
RajaSultan Azlan Muhibbuddin Shah
Didahului olehRamli Ngah Talib
Digantikan olehMohammad Nizar Jamaluddin
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Kenering
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehKhamsiyah Yeop
Digantikan olehMohd Tarmizi Idris
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehMohamed Ghazali bin Jawi
Digantikan olehWan Mohamed bin Wan Teh
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
1995–1999
Berkhidmat dengan Peter Chin Fah Kui
Didahului olehDaud Taha
Osu Sukam
Digantikan olehMohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului olehAbdul Ghani Othman
Digantikan olehChan Kong Choy
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dalam jawatan
1986–1990
Berkhidmat dengan Ng Cheng Kuai
Didahului olehAbdillah Abdul Hamid
Digantikan olehMohd Yasin Kamari
Pengerusi MARA
Dalam jawatan
1984–1986
Didahului olehMohd Ridzuan Abd Halim
Digantikan olehMohd Khalid Yunus
Setiausaha Parlimen
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Dalam jawatan
1983–1984
Didahului olehMohd Radzi Sheikh Ahmad
Digantikan olehAlias Md. Ali
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Gerik
Dalam jawatan
1978–1999
Didahului olehShamsuddin Din
Digantikan olehKhamsiyah Yeop
Butiran peribadi
Lahir (1946-11-06) 6 November 1946 (umur 77)
Parti politikUMNO
PasanganPuan Sri Kamariah Mokri
Anak-anak3
BapaTan Sri Mohamed Ghazali Jawi

Latar belakang sunting

Beliau dilahirkan di Lenggong, Perak. Beliau merupakan anak kepada Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi, seorang bekas Menteri Besar Perak.

Pendidikan sunting

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Teluk Intan dan di Lenggong, Perak. Kemudiannya, beliau meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh. Pada tahun 1964, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Melbourne, Australia dan memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan.

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Datin Seri DiRaja Kamariah bt. Mokri dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Kerjaya dan kegiatan politik sunting

Sebelum memasuki arena politik, beliau pernah menjadi rakan perniagaan di sebuah firma perunding pengurusan.

Pada tahun 1977, beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Kenering. Beliau juga merupakan seorang Ahli Parlimen bagi kawasan Gerik dari tahun 1978 hingga tahun 1999. Di samping itu, Tan Sri Dato' Seri juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi MARA (1984-1986), dan sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1983-1986).

Pada tahun 1986, Tan Sri Dato' Seri telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan pada tahun 1990, beliau berkhidmat pula sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pada tahun 1997 sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri. Pada Januari 1999, beliau telah dilantik sebagai menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri.

Penglibatan Tan Sri Dato' Seri di dalam bidang politik bermula sejak 1967 lagi, sebelum bermulanya perkhidmatan beliau di pelbagai agensi Kerajaan. Di dalam UMNO, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian UMNO untuk Bahagian Gerik. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Biro Pengguna dan Biro Sumber Manusia UMNO. Di samping itu, Dato' Seri juga adalah Ahli Jawatankuasa Perhubungan Awam UMNO Negeri Perak.

Daripada tahun 1976 hingga 1984, beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Perak, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Grik dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Grik.

Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri telah dikurniakan dengan pelbagai anugerah dan kurnia negeri seperti - P.S.M., S.P.S.A., S.P.M.P., D.P.M.P. dan A.M.P.

Jawatan sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Perak
3 Dis 1999 - 10 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Tan Sri Ramli Ngah Talib Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin