Mohd Zaidi Aziz (lahir 24 September 1977) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Slim selama sepenggal (2020-2022).

Mohd Zaidi Aziz
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Slim
Dalam jawatan
30 Ogos 2020 – 17 Oktober 2022
Didahului oleh Mohd Khusairi Abdul Talib
Digantikan oleh Muhammad Zulfadli Zainal
Majoriti10,945 (PRK 2020)
Butiran peribadi
Lahir (1977-09-24) 24 September 1977 (umur 46)
Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikUMNO
Sekutu gabungan
politik lain
BN
MN
PN
PasanganJuliana Sarip
Anak-anakAliya Saajidah
Zaim Najhan
Hasan Khalil
Maryam Tihani
Alma materUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanAhli politik

Sesudah kematian Mohd. Khusairi Abdul Talib, beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Slim.[1][2] Beliau lalu menghadapi cabaran dari Amir Khusyairi, calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang bertanding sebagai bebas. Pada 29 Ogos, beliau berjaya mengalahkan calon PEJUANG dengan majoriti 10,945 undi.[3]

Beliau mengahwini Juliana Sarip dan dikurniakan 4 cahaya mata.[1]

Kerjaya:

  • Berniaga/Usahawan
  • Aktivis masyarakat

Pengalaman kerja:

  • Pegawai Eksekutif Institut Pembangunan Minda Selangor INMINDS (2004-2007)
  • Pegawai Pemantau Khas kpd Menteri Besar Selangor (2007-2008)
  • Ahli Majlis Daerah Tg Malim (2020)
  • Usahawan/Berniaga (Kini)

Pengalaman NGO/Pertubuhan Sukarela

  • Penolong Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM (2003-06)
  • Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, PKPIM (2001-03)
  • AJK Kerja, Majlis Belia Malaysia, MBM (2001-07)
  • Ahli Dewan Tertinggi, Majlis Belia Malaysia, MBM (2000-02)
  • Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (2001-18)
  • Koordinator Program, Majlis Belia Asia, AYC (2005-15)
  • Ahli Youth Caucus, Commonwealth Youth Programme Asia Region (2004-07)
  • Exco J/Kuasa, Kerjasama Belia ASEAN, CAYC (2004-11)
  • SU Agung, J/Kuasa Kerjasama Belia ASEAN, CAYC (2014-Kini)
  • SU Agung, Majlis Belia Malaysia, MBM (2010-14)
  • Timb Presiden, Majlis Belia Malaysia, MBM (2014-18)
  • Timb Presiden, Federasi Kebangsaan Pekerja Belia, FKPB (2019-Kini)

Penglibatan Politik

  • AJK Biro Kebajikan UMNO Malaysia (2015-18)
  • Ketua Pemuda Cawangan Slim Village (2000-18)
  • AJK Pemuda UMNO Bhg (2000-13)
  • Ketua Penerangan UMNO Bhg (2013-18)
  • Ketua UMNO Cawangan Slim Village (2018-Kini)
  • Timb Ketua UMNO Bhg Tg Malim (2018-Kini)
  • Kini Pemangku Ketua UMNO Bhg Tg Malim (kini)

Pingat Penghargaan

  • Pingat Jasa Kebaktian, PJK (Melaka) 2013
  • Pingat Pekerti Terpilih, PPT (Perak) 2016

Pendidikan:

  • Ijazah drpd Universiti Islam Antarabangsa – 2001 (Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences, IRKHS)

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama zaidi
  2. ^ "Mohd Zaidi calon BN PRK DUN Slim". 12 Ogos 2020. Dicapai pada 29 Ogos 2020.
  3. ^ "BN pertahan DUN Slim, majoriti 10,945 undi". 29 Ogos 2020. Dicapai pada 29 Ogos 2020.